Cari Blog Ini

Kerja Kayu 1

KESELAMATAN DAN PENGURUSAN TEMPAT KERJA

Utamakan Keselamatan
Melakukan kerja-kerja kemasiapan, pasti ada garispanduan yang perlu diikuti supaya kerja-kerja boleh dengan betul, berkualiti dan selamat.

Keselamatan semasa dan selepas bekerja mesti diutamakan. Pakai pakaian yang sesuai dengan kerja seperti apron atau overall adalah jenis pakaian yang sesuai untuk kerja-kerja ini.

• Pastikan pakaian tidak koyak.
o Pakaian yang koyak mudah tersangkut dan menyebabkan anda jatuh serta mendapat kecederaan.
• Pakai kasut yang sesuai.
o Kasut keselamatan yang keras boleh menjamin keselamatan dengan maksima.
o Jangan pakai kasut bertapak licin.
• Cuci apron atau overall sekurang-kurangnya 1 kali dalam seminggu.
• Jangan pakai apron atau overall dimerata tempat.
o Jika apron atau overall terkoyak dikawasan umum kotoran akan bersepah dan orang sekeliling akan merasa kurang selesa.
• Pastikan anda ada menyediakan gloves, eye protection glasses, dust-musk atau respirator dan ear –muffs apabila diperlukan.
• Cuci tangan anda sebelum makan.
• Jika boleh gunakan krim yang khusus digunakan untuk melindung tangan dari terkena bahan kemasiapan.
• Pastikan peredaran udara keluar dan masuk bebas di dalam bilik kemasiapan.
• Jangan meniup habuk di atas permukaan perabot dan sebagainya.
o Pastikan memakai dust-mask yang sesuai.
• Baca dahulu arahan menggunakan bahan kemasiapan supaya langkah-langkah keselamatan boleh diambil.

MENYEDIAKAN KAWASAN KEMASIAPAN.

Untuk keselamatan dan bagi membolehkan kawasan atau bilik kemasiapan digunakan dengan maksima, simpan semua bahan dan peralatan kemasiapan ditempat yang lebih teratur atau di luar kawasan bekerja.

Pastikan tempat simpan bahan mempunyai :-

• Good ventilation and light
• Is without extreme of temperature
• Is large enough to accommodate easily all materials and equipment
• Is as close possible to work area.

Sebelum menyimpan bahan pastikan :-

• Tutup kawasan lantai dengan 2 lapis plastic.
• Asingkan bahan kemasiapan dari peralatan untuk mengelak kemalangan.
• Letakkan dan susun bahan dan peralatan dengan kemas dan mudah cari.
o Sentiasa melakukan penyusunan semula apabila mengeluarkan bahan atau peralatan.
• Simpan bahan mudah terbakar di tempat tidak boleh tumpah atau rosak dan jauh dari punca kebakaran.

MENYEDIAKAN PERMUKAAN UNTUK KEMASIAPAN

Penyediaan permukaan kayu untuk kemasiapan adalah kunci kepada kemasiapan yang bermutu, samada kemasiapan yang pertama atau yang kedua atau baikpulih kemasiapan. Sebaik sahaja permukaan telah disediakan dengan sempurna, langkah seterusnya adalah lebih mudah untuk dilaksanakan. Kemasiapan yang terbaik dibuat adalah kemasiapan yang cantik secantik kayu yang kelihatan timbul urat-uratnya walaupun permukaan kayu licin.

Berikan lebih banyak masa anda untuk kerja-kerja melicin, membersih dan menampal kecacatan-kecacatan permukaan kayu seolah-olah seorang wanita menyediakan wajahnya untuk majlis persandingan. Anda pasti berpuashati dengan kerja-kerja yang telah anda hasilkan setelah usaha yang gigih, ketelitian dan tumpuan pasti menonjolkan keunggulan hasilkerja yang cemerlang.

Melicinkan permukaan – kertaspasir (sandpaper) atau steel wool adalah operasi yang amat penting dalam penyediaan permukaan untuk kemasiapan.

Anda mungkin mengambil masa yang lama untuk kerja-kerja staining, finishing dan polishing tetapi jika awalnya permukaan agak kasar, pada akhirnya tentu hasilkerja anda akan menampakkan mutu yang rendah. Dengan memberikan lebih banyak masa memelas dengan betul dan baik, tanda calar, tanda basah mungkin boleh anda hilangkan seterusnya anda boleh menonjolkan imej kerja yang lebih professional dan berkualiti.

KERTASPASIR(SANDPAPER) ATAU STEELWOOL ?

Bagi mereka yang sudah mahir , memelas permukaan kayu bukanlah sekadar menggosok sehingga licin, malah memelas seumpama membelai permukaan kerana bukan semua permukaan rata bentuknya. Anda harus memelas mengikut bentuk dan arah urat kayu. Ketidaktelitian anda memelas permukaan bersegi mungkin menjadi bulat dan permukaan kayu yang semulajadi cantik menjadi calar-balar oleh itu permukaan yang tidak rata seperti ukiran dan kumai penggunaan steelwool adalah pilihan terbaik.

Hari ini terdapat banyak jenis sandpaper yang dihasilkan dari 4 jenis bahan galian, 2 daripadanya adalah asli didatangkan dari kauri dan 2 jenis lagi dihasilkan dari proses elektrik. Nombor-nombor yang tertera dibelakang kertaspasir menyatakan kasar atau halus supaya mudah anda menilai dan memilih sandpaper sesuai dengan kerja yang hendak dibuat.

Dikedai-kedai anda boleh membeli flint, alluminium oxide atau silicone sandpaper. Dibawah adalah beberapa jenis sandpaper yang agak popular dalam pasaran.

Sandpaper kasar
Melicin kali pertama
Membentuk kayu

Grit Size.......Symbol

40..............1-1/2
50..............1
60..............½
80..............0

Sandpaper sederhana
Melicin kali kedua

100.............2/0
120.............3/0
150.............4/0

Sandpaper halus
Melicin peringkat akhir

180.............5/0
220.............6/0
240.............7/0
280.............8/0

Sandpaper sangat halus
Melicin antara lapisan kemasiapan
Memelas basah

320.............9/0
360..............-
400............10/0
500..............-
600..............-

MEMELAS GUNA TANGAN

Penggunaan tangan untuk memelas adalah kaedah tradisional bagaimanapun dalam banyak keadaan penggunaan tangan dapat menghasilkan kerja lebih bermutu. Pakar kemasiapan perabot sependapat memelas peringkat terakhir perlu penggunaan tangan. Untuk kerja-kerja memelas menggunakan tangan supaya lebih berkesan, anda perlu menggunakan sanding block. Lihat gambarajah dibawah.

Hanya lekat sekeping getah kepada satu bongkah kayu 100mm x 60mm x 20mm dan balut dengan sandpaper seperti gambarajah diatas.

TEKNIK MEMELAS PERMUKAAN

Sebelum memelas periksa dan kenalpasti kerja-kerja yang perlu dilakukan keatas permukaan kayu seperti kecacatan asal kayu atau kecacatan permukaan disebabkan kecuaian bekerja.

Jika permukaan kayu terlalu kasar atau tidak sekata gunakan sandpaper saiz grit 40 hingga 80, bagaimanapun kebanyakan permukaan kayu yang telah berketam mesin adalah sederhana licin oleh itu anda boleh gunakan sandpaper saiz grit 100 – 150 dengan memelas permukaan melintang urat. Dengan memelas melintang urat anda akan meratakan permukaan dan menghilangkan bahan kimia yang terperangkap seperti gelu, stain atau bahan-bahan yang berlainan warna dengan permukaan kayu. Dengan berbuat demikian juga dapat menghilangkan calar-calar kecil. Seterusnya anda hanya perlu memelas berperingkat-peringkat dari yang kasar kepada yang halus.

Berikan lebih banyak masa dengan meneliti kerja-kerja yang dibuat. Diperingkat ini anda mesti merawat setiap kecacatan supaya tidak terlalu nampak diakhir proses kemasiapan nanti.

INGAT ...anda mesti membersihkan permukaan kayu yang dipelas menggunakan kain yang dilembapkan sedikit dengan thinner atau air diantara proses memelas supaya bulu-bulu kayu bangkit atau timbul bagi memudahkan proses meratakan permukaan.

Akhir sekali tukar kepada penggunaan sandpaper yang lebih halus saiz grit 240 – 320 dengan memelas mengikut urat kayu. Gunakan kaedah memelas stroke panjang, pada peringkat ini permukaan kayu harus sudah mencapai tahap licin yang tinggi. Untuk menilai tahap licin permukaan anda boleh gunakan cahaya lampu suluh samada terdapat bayang turutama kepada permukaan cacat dan buat pembetulan jika perlu.

Sebelum memelas akhir biasanya pakar kemasiapan akan menyemburkan satu lapisan nipis syellek atau sealer keatas permukaan bagaimanapun jika anda hendak menggunakan stain, sealer atau syellek hanya boleh disembur selepas lapisan stain.

Anda boleh juga mencuba proses memelas basah air dengan menggunakan waterproof sandpaper untuk mendapat permukaan licin seperti cermin tetapi proses ini tidak sesuai untuk peringkat permulaan terutama permukaan kayu, namun anda boleh gunakan spirit, kerosene ataupun rubbing oil sebagai pilihan lain.

WOOD FILLER

Pokok membesar dengan menyimpan air di dalam batang pokok. Apabila pokok ditebang kandungan air itu boleh dilihat telah membentuk lubang. Lubang-lubang lebih besar boleh dilihat pada batang pokok kayu keras, manakala kayu lembut hanya akan membentuk lubang kecil kerana air lebih mudah menyerap keluar pada kayu lembut.

Dalam kerja-kerja menyediakan permukaan untuk kemasiapan lubang-lubang itu perlu di tutup dengan bahan “filler” sebelum kemasiapan dilakukan.

Wood filler ialah bahan yang digunakan untuk menutup dan meratakan lubang-lubang besar. Wood filler kadang-kadang dicampor dengan wood stain supaya warna filler akan lebih sekata dengan warna stain yang akan digunakan. Wood filler yang seakan-akan peanut butter perlu digaul sekata sebelum boleh digunakan. Biasanya sedikit turpentine dicamporkan untuk tujuan itu.

Biarkan sapuan wood filler mengering selama 10 hingga 20 minit kemudian buang lebihan wood filler. Wood filler akan mengering sepenuhnya sekurang-kurangnya dalam masa 24 jam.

SOALAN

1. Apakah langkah penting perlu dilakukan sebelum kerja memelas permukaan kayu perabot ?
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________

2. Berapakah no. grit kertas pasir untuk memelas kayu pada peringkat permulaan?
___________________________________________________
___________________________________________________

3. Mengapakah permukaan yang dipelas meninggalkan kesan calar setelah dipelas kertas pasir ?
___________________________________________________
___________________________________________________

4. Namakan jenis-jenis kertas pasir di pasaran ?
___________________________________________________
___________________________________________________

5. Apakah fungsi rubbing oli ?
___________________________________________________
___________________________________________________

6. Lubang-lubang kepala paku yang dibenam perlu ditutup menggunakan sejenis bahan dinamakan…………………………………………

7. Jika lubang kecacatan terlalu besar, apakah bahan yang boleh digunakan sebagai penampal ?
___________________________________________________
___________________________________________________

WOOD FILLER

Pokok membesar dengan menyimpan air di dalam batang pokok. Apabila pokok ditebang kandungan air itu boleh dilihat telah membentuk lubang. Lubang-lubang lebih besar boleh dilihat pada batang pokok kayu keras, manakala kayu lembut hanya akan membentuk lubang kecil kerana air lebih mudah menyerap keluar pada kayu lembut.

Dalam kerja-kerja menyediakan permukaan untuk kemasiapan lubang-lubang itu perlu di tutup dengan bahan “filler” sebelum kemasiapan dilakukan.

Wood filler ialah bahan yang digunakan untuk menutup dan meratakan lubang-lubang besar. Woodfiller yang baik dicampurdengan sedikit minyak ikan atau linseed oil supaya liat dan lebih melekat. Wood filler kadang-kadang dicampor dengan wood stain supaya warna filler akan lebih sekata dengan warna stain yang akan digunakan. Wood filler yang seakan-akan peanut butter perlu digaul sekata sebelum boleh digunakan. Biasanya sedikit turpentine dicamporkan untuk tujuan itu.

Gunakan scraper untuk memudahkan kerja-kerja memalam. Biarkan sapuan wood filler mengering selama 10 hingga 20 minit kemudian buang lebihan wood filler. Wood filler akan mengering sepenuhnya sekurang-kurangnya dalam masa 24 jam. Pelas permukaan menggunakan kertas pasir beralas bungkah gabus atau bungkah kayu untuk mendapatkan permukaan sama rata dengan kayu.

STAINING

Walaupun perabot telah dibaiki dan permukaan yang cacat telah dipelas licin, terdapat proses lain yang boleh dibuat sebelum kemasiapan terakhir untuk mendapatkan hasil kemasiapan terbaik. Jika anda mahukan perabot anda ceria, menarik dan mendapat perlindungan dari kemasiapan yang baik yang menonjolkan urat kayu semulajadi, cuba warnakan perabot anda sebelum kemasiapan terakhir.

Warna kayu selalunya dapat menjadikan perabot lama kepada baru, menawan dan memberi suasana baru. Perlulah diingat bahawa wood filler dan stain mudah rosak akibat tindakan kimia, oleh kerana itu apabila stain diatas permukaan sedikit rosak, seluruh stain pada permukaan perlu dibuang.

APAKAH STAIN ?

Jenis stain yang baik akan membangkitkan warna dan urat kayu dengan lebih garang serta memberikan kecantikan semulajadi pada permukaan kayu. Terdapat kayu seperti mahogany, walnut dan lain-lain kayu berwarna gelap tidak perlu proses stain. Bagaimanapun kebanyakan kayu berwarna cerah seperti pine, birch, fir, beech, ash, oak dan meranti kebiasaannya memerlukan stain supaya kelihatan lebih teguh dan berkeyakinan. Pine, marple dan cherry bagaimanapun memang mempunyai ira yang menarik.
• Stain adalah baik untuk membangkitkan kecantikan semulajadi urat kayu yang memberangsangkan dan menonjolkan kemewahan.
• Stain boleh memperbaharui dan memanjangkan usia perabot
• Stain mungkin boleh menukar jenis kayu seperti kayu mahogany atau cherry ayau walnut yang pada asalnya adalah kayu meranti.


TEKNIK SAPUAN STAIN

Stain adalah bahan yang agak mudah digunakan dan disapu dengan berbagai cara, bagaimanapun kaedah yang paling popular ialah menggunakan gumpalan kain dan berus.

CUBA INGAT TIPS MENYAPU STAIN

• Penyediaan permukaan untuk kemasiapan amat penting dalam proses staining. Oleh kerana stain akan menyerlahkan lagi, pastikan anda permukaan perlu dipelas dahulu setelah itu gosok sekali lagi menggunakan steelwool halus bagi memastikan stain menyerap pada semua permukaan dalam kadar yang sama dan tidak berbelang-belang.
• Sapukan satu lapisan sealer di setiap kepala kayu yang selalunya akan menyerap lebih banyak stain terutama bagi kayu lembut dan sederhana lembut.
• Jika anda tidak pasti dengan warna stain yang sesuai dengan permukaan kayu adalah lebih baik mencubanya dengan warna yang lembut terlebih dahulu kepada yang terang.
• 2 lapisan stain yang lembut adalah lebih baik dari satu lapisan stain yang terang.
• Mulakan staining dipermukaan yang sempit dahulu
• Seboleh-bolehnya cuba membuat sapuan melintang yang lebih sekata dari sapuan yang menegak.

SEALING

Sealing merupakan satu proses menutup urat-urat kayu tanpa menghilangkan keunikan urat. Seandainya penyediaan permukaan seperti memelas dan memalam lubang dan kecacatan dibuat sempurna, penggunaan sealer akan memberikan hasil kemasiapan professional.

BILA PERLU SAPU SEALER ?

Secara amnya menyapu sealer adalah baik, untuk memperolehi kemasiapan kelas pertama, bagaimanapun sealer tidak boleh di sapukan dengan tebal untuk menutup urat kayu, 2 – 3 lapisan nipis sudah mencukupi seolah-olah tiada lapisan sealer.

• Sealer adalah untuk mengeraskan permukaan yang lembut supaya permukaan bersedia disapu lapisan akhir.
• Sealer akan memberikan permukaan sekata kepada permukaan yang mempunyai urat berjerait.
• Sealer boleh mencegah filler dan stain keluar apabila lapisan akhir disapukan.

Shellac adalah antara sealer yang murah dan mudah digunakan untuk permukaan perabot. Sapukan beberapa lapisan nipis shellac dengan campuran 1 bahagian shellac dan 4 bahagian spirit. Jika kini sukar mendapatkan bekalan shellac, bolehlah gunakan 1 bahagian varnish dengan 1 bahagian turpentine. Shellac sudah lama dikenalpasti sebagai lapisan asas bagi varnish, lacquer ataupun cat. Kini terdapat sealer lebih popular dikenali sebagai sanding sealer yang mempunyai banyak keistimewaan antaranya ialah berasaskan bahan petrol dan kimia yang cepat mengering dan boleh dipelas, agak mudah diratakan kerana mempunyai ejen memelas yang membuatkan urat kayu menegak dan sealer tidak melekat pada kertas pasir.

TOP COAT

Kemasiapan yang baik dan berkualiti akan melindung dan mencantikkan permukaan perabot kayu. Clear finish atau kemasiapan lut-sinar agak popular kerana mempamir dan menimbulkan urat dan warna semulajadi permukaan kayu. Memang benar clear finish memerlukan lebih pemerhatian kepada penyediaan permukaan kayu berbanding kemasiapan cat. Tetapi apabila permukaan telah dipelas rapi dan stain, pasti menghasilkan top coat yang boleh dibanggakan.

Kini top coat yang agak popular ialah lacquer yang lebih cepat mengering. Walaupun lacquer cepat kering, ketahanannya agak kurang terutama kepada cuaca panas dan kelembapan. Lacquer adalah lapisan kemasiapan yang paling nipis lebi-lebih lagi jika spray-gun digunakan. Penggunaan berus untuk lacquer kurang sesuai kerana lacquer cepat mongering.

Menyembur lacquer adalah kerja-kerja yang biasanya dilakukan dalam proses pengeluaran di kilang-kilang. Pergerakan proses kerja di kilang yang memerlukan cepat, tepat dan banyak mempengaruhi supaya lacquer adalah bahan yang paling sesuai digunakan di kilang.

Untuk melakukan kerja semburan lacquer, peralatan seperti spray-gun, air-compressor dan kawasan yang sesuai untuk peredaran udara bebas diperlukan. Oleh itu pelaburan yang agak besar itu adalah lebih sesuai untuk kerja-kerja yang banyak jumlahnya. Semburan laquer juga boleh dibeli didalam tabung tetapi mungkin kosnya agak mahal bagi semburan yang banyak. Semburan lebih sesuai untuk kerja menyembur banyak lapisan sebab semburan tidak meninggalkan kesan berus.

TIPS MENGGUNAKAN LACQUER

Oleh kerana semburan lacquer cepat mengering, di sarankan membancuh lacquer tidak terlalu pekat. (baca arahan penggunaan bahan). Adalah lebih selamat membiarkan lapisan kering lebih dari yang dilebelkan pada tin. 3 hingga 4 jam adalah jangkamasa yang terbaik untuk kerja-kerja memelas untuk penyediaan lapisan topcoat kedua. Selepas lapisan topcoat terakhir sapukan minyak atau lilin berkualiti tinggi. Proses ini adalah lebih sesuai untuk mengilatkan top meja. Penggunaan kain yang lembut atau buffer perlu untuk proses itu.

SOALAN

1. Senaraikan langkah-langkah teknik atau kaedah proses kemasiapan perabot kayu seperti kerusi ?
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________

2. Namakan bahan untuk menampal lubang paku yang telah di benamkan atau lubang knot kayu ?
___________________________________________________
___________________________________________________

3. Apakah fungsi sealer dalam proses kemasiapan perabot kayu ?
___________________________________________________
___________________________________________________

4. Apakah kaedahnya untuk anda menyamakan warna kayu kerusi anda yang dibuat dari pelbagai jenis kayu ?
___________________________________________________
___________________________________________________

5. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk menunggu sealer cukup kering untuk pelasan kertaspasir?
___________________________________________________
___________________________________________________

6. Sebelum penggunaan lacquer untuk topcoat pengusaha perabot kecil-kecilan menggunakan bahan dinamakan …………………………………………

7. Jika lubang kecacatan terlalu besar, apakah bahan yang boleh digunakan sebagai penampal ?
___________________________________________________
___________________________________________________

8. Mengapa setiap kali lapisan bahan kemasiapan hendak disapukan atau disemburkan permukaan perlu dipelas kertas pasir ?
___________________________________________________
___________________________________________________

PERALATAN TUKANG KAYU
Alat tangan adalah merupakan alatan yang amat penting dalam kerja membina sebuah perabot. Alatan tangan ini telah digunakan sejak sekian lama oleh tukang-tukang mahir yang terdahulu. Walaupun pada zaman yang serba moden kini dengan penghasilan mesin serta alatan yang terkini, penggunaan alatan tangan amat diperlukan dan masih digunakan sehingga kini.

Kebanyakan alatan dan mesin masa kini direkacipta bersama penggunaan kuasa elektrik , apabila berlaku ketiadaan tenaga tersebut maka alatan tersebut tidak boleh digunakan. Begitu juga jika melakukan kerja dikawasan yang jauh pendalaman atau didalam hutan, yang mana kuasa elektrik didapat dibekalkan, alatan secara manual boleh digunakan.

JENIS-JENIS ALATAN TANGAN.
Terdapat empat (4) kumpulan yang besar dalam pelbagai alatan tangan :
1. Alat Mengukur dan Menanda (Marking and Testing).
2. Alat Memotong, Meraut dan Menatal (Cutting, Shaping and Roughing).
3. Alat Mengapit dan Menyokong (Clamping and Supporting).
4. Alat Menukul, Memutar dan Menebuk (Hammering, Screwing and Boring).

1.0 ALAT MENGUKUR DAN MENANDA
(Marking and Testing)

Alatan ini amat penting di dalam proses permulaan untuk melaksanakan kerja pembinaan perabot. Penting untuk membuat rancang tanda bagi tanggam, potongan, buangan, lengkungan dan pelbagai lagi. Antara jenis alat yang digunakan ialah :

 1.1 Pensil (Pencil).
Kegunaan :
i) Membuat garisan semasa kerja merancang tanda.
ii) Menanda bentuk atau bahagian bendakerja dan lain-lain.





1.2 Pisau Penanda/Potong (Marking/Cutting Knife).
Kegunaan :
i) Matanya menanda garisan yang akan dipotong dengan gergaji atau pahat.
ii) Terdapat pisau yang bergabung iaitu untuk menanda dan memotong veneer atau
plywood tidak lebih dari 4mm.


















1.4 Pembaris Besi (Stainless Steel Rule).
Kegunaan :
i) Menyukat dan menanda jarak dengan pensil atau pisau penanda.
ii) Menguji jarak diantara tanda yang dikehendaki.
iii) Menyelaraskan jarak tolok dan lain-lain kegunaan.

1.5 Jangka/Tolok (Compass/Caliper).
1.5.1 Jangka Bersenggat (Wing Compass)
Kegunaan :
i) Rancang tanda lengkungan atau bulatan dengan menggunakan pensil.
ii) Bulatan atau lengkungan yang besar, ianya boleh dilaraskan.

1.5.2 Jangka Pita (Trammel Compass).
Kegunaan :
i) Rancang tanda lengkungan atau bulatan dengan menggunakan pensil.
ii) Bulatan atau lengkungan yang lebih besar dan tepat, skala seperti pita pengukur.
iii) Menanda garisan selari atau lurus pada tepi bendakerja.

1.5.3 Tolok Luar (Outside Calipers).
Kegunaan :
i) Menguji garis pusat luar silinder atau bendakerja.
ii) Sesuai semasa kerja melarik.

1.5.4 Tolok Dalam (Inside Calipers).
Kegunaan :
i) Menguji garis pusat dalam silinder atau bendakerja.
ii) Sesuai semasa kerja melarik.

1.5.5 Tolok Bergabung (Combination Venire Caliper).
Kegunaan :
i) Bahagian atas menguji garis pusat dalam silinder atau bendakerja.
ii) Bahagian bawah menguji garis pusat luar silinder atau bendakerja.
iii) Bahagian tengah terdapat skala bacaan yang tepat.
iv) Sesuai semasa kerja melarik, persediaan bahan, mendapatkan ukuran bahan yang tepat dan lain-lain.

1.5.6 Tolok Bergabung Elektronik (Combination Digital Calipers).
Kegunaan :
i) Bahagian atas menguji garis pusat dalam silinder atau bendakerja.
ii) Bahagian bawah menguji garis pusat luar silinder atau bendakerja.
iii) Bahagian tengah terdapat skala bacaan dan nombor digital yang tepat.
iv) Sesuai semasa kerja melarik, persediaan bahan, mendapatkan ukuran bahan yang tepat dan lain-lain.

2.0 ALAT MEMOTONG, MERAUT DAN MENATAL.
(Cutting, Shaping and Roughing)

Alatan ini berfungsi memotong kayu dengan cara mengikis sedikit demi sedikit pada satu masa. Cara ini akan menyebabkan kayu atau bendakerja akan menjadi nipis, terpotong atau terbelah sebagaimana yang dikehendaki. Antara jenis alat yang digunakan ialah :

2.1 GERGAJI (Saw).

2.1.1 Gergaji Tangan (Handsaw).
a) Gergaji Kerat (Cross Cutting Saw).
Kegunaan :
i) Menggergaji lurus atau memotong urat kayu.

b) Gergaji Belah (Rip Saw).
Kegunaan :
i) Menggergaji atau membelah lurus mengikut urat kayu.

2.1.2 Gergaji Lengkong (Coping Saw).
a) Gergaji Lengkong Halus (Small Coping Saw).
Kegunaan :
i) Mengerat lengkung yang sempit dalam atau luar.
ii) Mengerat kayu yang nipis, plywood 4mm dan mengikut kegunaan.

b) Gergaji Kerawang (Big Coping Saw).
Kegunaan :
i) Mengerat dengan licin dan kemas lengkungan pada kayu yang nipis.
ii) Bingkai yang panjang, dapat mengerat dengan lebih jauh dari tepi kayu.
iii) Sesuai untuk mengerat untuk kerja mengukir.

2.1.3 Gergaji Tebuk (Compass Saw).
Kegunaan :
i) Menggergaji lengkong besar di sebelah dalam.
ii) Mengerat lurus disebelah dalam dimana tidak boleh gunakan gergaji kerat.

2.1.4 Gergaji Belakang (Back Saw).
a) Gergaji Puting (Tenor Saw).
Kegunaan :
i) Mengerat dan membuat tanggam-tanggam dengan hasil potongan yang
kemas.
ii) Boleh untuk mengerat lurus untuk kayu yang sesuai.






b) Gergaji Belakang Ringan (Back Light Saw).
Kegunaan :
i) Kerja yang berseni dan barang/kayu yang kecil.
ii) Memotong kumai yang kecil/halus.
iii) Mengerat dan memotong tanggam terutamanya tanggam bajang.

2.1.5 Gergaji Aneka (Multi Blade Saw).
Kegunaan :
i) Mata Pemotong : menggergaji lurus/lengkung yang besar dan rata.
ii) Mata Penebuk : menggergaji lengkung besar sebelah dalam dan mengerat lurus sebelah dalam yang tidak boleh menggunakan gergaji kerat.
ii) Mata Ekor Tikus : mengerat lengkung sebelah dalam yang gergaji lain tidak boleh digunakan.

2.2 KETAM (Plane).

2.2.1 Ketam Tangan (Hand Plane).
a) Ketam Pelicin (Smoothing Plane).
Kegunaan :
i) Melicinkan permukaaan bendakerja sebelum pemasangan/persediaan bahan.
ii) Meratakan atau menyamakan tanggam-tanggam supaya kemas dan cantik.
iii) Melicinkan permukaan kayu selepas menggunakan mesin ketam pengapit.

b) Ketam Perata (Jack Plane).
Kegunaan :
i) Mendapatkan permukaan dan tepi yang rata dan lurus.

c) Ketam Pangkas (Block Plane).
Kegunaan :
i) Mengetam hujung kayu : bersihkan rencung yang kecil.
ii) Mengetam kumai buang segi yang kecil pada hujung kayu dan lain-lain.

d) Ketam Panel/Tingkat (Panel/Rebate Plane).
Kegunaan :
i) Mengetam serta melicinkan tingkat : saluran selari urat kayu/hujung kayu.
ii) Mengetam tepi panel kayu untuk kecondongan pada tepi panel : kayu pejal atau papan buatan.
e) Ketam Tingkat Berlaras (Adjustable Duplex Rebate Plane).
Kegunaan :
i) Membuat/mengetam tetigkat selari urat kayu samada lebar, kecil atau dalam.
f) Ketam Golek Cembung (Convex Spokeshave Plane).
Kegunaan :
i) Mengetam tepi bendakerja/panel yang cekung/melengkung ke dalam.
ii) Mengetam permukaan kecil yang cekung.
g) Ketam Golek Rata (Flat Spokeshave Plane).
Kegunaan :
i) Mengetam tepi bendakerja/panel yang cembung/melengkung ke luar.
ii) Mengetam permukaan kecil yang cembung.

2.3 PAHAT (Chisels).

2.3.1 Pahat Tepi Serong (Side Taper Chisel).

Kegunaan :
i) Memahat umum : melubang, tanggam, meraut dan melicinkan.
ii) Terdapat dalam pelbagai saiz bersesuai kegunaanya : 4mm, 6mm, 8mm, 10mm, 12mm, 14mm, 16mm, 20mm dan 25mm.

2.4 MENGELAS DAN MENGIKIS (Scraper).

2.4.1 Pengikis Tangan (Hand Scraper).

Kegunaan :
i) Mengikis untuk mendapatkan permukaan bendakerja/panel yang licin dan menghilangkan kesan mata ketam.
ii) Melicinkan bendakerja/panel kayu yang uratnya bersilang.

LATIHAN

1. Apakah kegunaan alat measuring tape?
_______________________________________________
2. Alat yang sesuai untuk mendapatkan permukaan dan tepi yang rata?
_______________________________________________
3. Kegunaan pensil/pensil tukang pada seorang perabot?
_______________________________________________