Cari Blog Ini

Selasa, 31 Ogos 2010

Oh 10 Malam Terakhir

10 malam terakhir ini, mungkin terakhir dalam hidupku. Aku tidak tahu. Mungkin 10 malam terakhir ini yang paling bermakna dalam sejarah hidupku. Aku tidak pasti apakah 10 malam terakhir ini akan mengubah perjalanan hidupku selepas ini. 10 malam terakhir ini datang bersama sentuhan kasih sayang Allah. 10 malam terakhir ini membawa bersama naluri asli yang kumiliki sebagai seorang hamba. Hati ini terasa begitu terinspirasi untuk kembali kepada Ilahi. Ah, adakah aku cukup kuat untuk bertahan terus dalam berIbadah menyembah-Mu ya Allah, pada 1o malam terakhir ini.

10 malam terakhir ini pasti akan berakhir. 10 malam terakhir ini pasti akan pergi begitu cepat. Tak pernah dalam hidupku sebelum ini kurasakan begitu teruja untuk meneruskan 10 malam terakhir ini. Mungkin ini yang terakhir bagiku. Mungkin ini akan mengubah hidupku dan hatiku. Selamat datang 10 malam terakhir yang sentiasa kunanti-nanti sejak setahun yang lalu…

Hanya 10 malam, dan ia sepuluh malam terakhir. Ramadhan datang dan akan pergi begitu cepat, takkan kubiarkan 10 malam terakhir ini pergi tanpa aku berjaga mereguk kasih Ilahi. Malam Lailatul Qadar, lebih baik daripada 1000 bulan…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan