Cari Blog Ini

Ahad, 12 Mei 2013

MOTIVASI

Tingkatkan Penumpuan Belajar Assalamualaikum dan salam sejahtera... Antara rahsia penting untuk berjaya dalam perkerjaan dan pembelajaran ialah penumpuan atau fokus. Seseorang yang mempunyai penumpuan yang tinggi mampu mengawal pemerhatiannya terhadap tugas yang dilakukan. Walaupun, terdapat sesetengah manusia mempunyai penumpuan secara tabii, tetapi penumpuan merupakan satu kelebihan yang boleh dipertingkatkan. InsyaAllah. Antara perkara yang menyokong penumpuan kita ialah dorongan. Ini kerana dorongan dapat menguatkan hati kita untuk bersungguh-sungguh dalam belajar. Sekiranya dorongan terhadap pembelajaran berada pada tahap yang lemah, maka hati atau minat kita mudah tertarik kepada perkara lain. Perkara lain yang terlibat dalam penumpuan ialah otak. Otak pula mempunyai hubung kait dengan pancaindera. Sekiranya pancaindera kita melakukan perkara lain semasa belajar, ini menyebabkan fokus kita berkurangan. Ini kerana otak bukan sahaja berperanan untuk berfikir tetapi juga untuk mengawal pancaindera. Perbuatan lain ketika belajar akan memaksa otak untuk membahagikan perkara untuk berfikir dan mengawal pancaindera. Pancaindera pula mempunyai kekuatan sebagai deria. Isyarat deria akan dihantar kepada otak. Jesteru , jika kita terasa sakit, mata kita melihat sesuatu dan telinga kita mendengar sesuatu, otak kita akan menerima isyarat. Rangsangan luar seperti penglihatan, pendengaran dan rasa akan mneghasilkan deria yang memaksa otak dan sukar dikawal. Ketika belajar, penumpuan yang penuh terhadap pelajar adalah perlu untuk mencapai objektif belajar. Maka itu, keseluruhan pancaindera seharusnya digabungkan untuk menghantar maklumat kepada otak supaya tertumpu sepenuhnya kepada satu perbuatan iaitu belajar. Sikap ingin tahu turut membantu penumpuan terhadap pelajaran. Apabila kita membaca kerana ingin tahu boleh mewujudkan fokus yang tinggi. Sekiranya membaca disebabkan untuk mengingat dan mengahafal melahirkan penumpuan yang agak kurang. Kecergasan jasmani yang tidak berada dalam keadaan sihat dan segar menghilangkan fokus kita. Contohnya permakanan yang tidak sihat, makan yang kurang sehingga mendatangkan lapar boleh mengganggu tumpuan dan rehat yang tidak mencukupi mendatangkan lemah dari segi kecergasan jasmani. Mengantuk dan lesu fikiran juga menjadi punca hilangnya tumpuan. Mengantuk di sebabkan tidak cukup tidur atau makan yang terlalu kenyang. Lesu fikiran pula kerana wujud perasaan bosan ketika belajar contohnya. Suasana tempat belajar memang mempengaruhi penumpuan dan fokus kita belajar. Suasana yang tidak sesuai untuk belajar mendatangkan rasa bosan, mengantuk dan bermacam-macam kesilapan. Faktor suasana yang berpengaruh ialah pencahayaan, susunan perabot dan peralatan belajar serta pengudaraan. Suasana tempat belajar yang sesuai menarik minat kita untuk belajar dan meningkatkan penumpuan. Antara yang mengganggu tumpuan semasa belajar ialah Melihat gambar yang menjolok mata semasa belajar. Ini kerana fikiran mudah melayang kerana mudah teringat gambar-gambar yang lucah. Telinga mendengar bunyi-bunyian yang mengganggu fikiran Mulut dan lidah melakukan banyak aktiviti lain semasa belajar seperti bercakap perkara lain dari pelajaran, makan atau minum dan sebagainya. Kerja perlahan dan berlengah-lengah juga boleh mengganggu penumpuan kita terhadap kerja yang lakukan. Persepsi Kegagalan Assalamualaikum Semua orang tidak mahu berdepan dengan kegagalan. Bagi seorang pelajar, kegagalan dalam pembelajaran merupakan suatu yang menyakitkan. Terdapat dua keadaan kegagalan iaitu: Terlalu fokus kepada kegagalan Orang yang terlalu fokus kepada kegagalan, meskipun dia sedang meneruskan pembelajaran boleh mengganggu konsentrasinya. Ini kerana apabila dia terlalu memikirkan kepada kegagalan yang bakal dihadapi menyebabkan usahanya tidak begitu bersungguh-sungguh. Takut gagal sehingga tidak mahu mencuba. Sesetengah pelajar pula tidak mahu mencuba kerana tidak mahu berdepan dengan kegagalan. Sedangkan dia sendiri tidak tahu adakah dia benar-benar akan berdepan dengan kegagalan. Kedua-dua keadaan tersebut hanyalah gangguan atau cabaran bagi seseorang dalam usaha untuk mencapai kejayaannya. Sekiranya dia mampu berdepan dengan cabaran ini maka dia merupakan seorang yang berjaya. Oleh yang demikian, kita perlu mengubah persepsi terhadap kegagalan yang sering menghantui pemikiran kita. Beberapa perkara yang boleh kita fikirkan adalah: Sememangnya ketentuan sama ada berjaya atau gagal sesuatu perkara itu bukan milik kita, tetapi ianya adalah hak Allah SWT. Allah SWT memandang kepada usaha kita bukannya apa yang kita perolehi. Seandainya kita mencuba maka kita berpeluang untuk berjaya. Namun, jika kita tidak mencuba sudah tentu kita gagal. Cuba rancang untuk berjaya. Ada pepatah mengatakan orang yang gagal bersedia bererti dia bersedia untuk gagal. Orang telah gagal banyak kali sebenarnya dia mengorak langkah untuk berjaya kerana telah banyak pengalaman yang dilaluinya. Kegagalan sekali bukan bermakna kegagalan selama-lamanya. Teruskan berusaha insyaAllah kita boleh berjaya. Gunakan Masa Yang Tersembunyi Assalamualaikum WBT. Seringkali kita mengeluh bahawa masa yang ada pada setiap hari tidak mencukupi kerana terlalu sibuk dengan tugas atau kerja harian. Yang menyedihkan lagi, kita tidak berpeluang untuk melakukan amal ibadah yang khusus kepada Allah SWT. Umpamanya menghadiri majlis ilmu, bersolat jemaah di masjid atau surau dan sebagainya. Sebenarnya, Allah SWT itu Maha Adil kerana setiap makhluk yang ada di muka bumi ini dianugerahkan masa 24 jam sehari. Tetapi sikap kita sendiri yang tidak tahu bersukur dan pandai menguruskan masa dengan baik, maka dia mengatakan masa yang ada tidak mencukupi. Sebab itulah Allah SWT berfirman dalam surah Al-Asr yang bermaksud: "Demi Masa! [1] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian [2] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar [3]" Bagi seorang pelajar, tugas utamanya adalah menggunakan sepenuh masa yang ada untuk belajar bersungguh-sungguh. Ini bertujuan, agar kita mendapat keberkatan dan kejayaan dalam pembelajaran. Kadang-kadang kita tidak menyedari ada beberapa masa yang tersembunyi yang sering kita lupakan dan biarkan ianya berlalu dengan sia-sia. Antara masa-masa tersebut adalah: 1. Masa telefon Bercakap di telefon menjadi amalan kegemaran bagi sesetengah pelajar. Sehinggakan terlalu asyik bercakap, kerja-kerja lain terabai seperti tugasan dan ulangkaji. Sekiranya perkara yang dibincangkan itu bermanfaat, tidak menjadi masalah. Tetapi kebanyakkannya menggunakan masa telefon untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah. Bukankah berpuatan ini hanya membuang masa sahaja. Seharusnya kita menggunakan telefon untuk bercakap perkara yang penting dan bermanfaat sahaja. Oleh itu, masa yang kita gunakan untuk bercakap di telefon tidak terlalu lama. 2. Masa menunggu Kadang-kadang kita terpaksa menunggu terlalu lama untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Misalnya, kita menunggu bas untuk pulang dari sekolah, menunggu giliran untuk berjumpa doktor, menunggu kawan untuk meminjam nota dan lain-lain lagi. Segelintir daripada kita menggunakan masa menunggu dengan hanya berbual dengan orang sebelah, mendengar radio, melihat telatah orang lain yang lalu-lalang ataupun tertidur. Aktiviti sebigini kurang baik bagi seorang pelajar. Adalah lebih baik masa menunggu tersebut kita gunakan dengan sebaiknya seperti membaca buku, mengulangkaji nota ringkas dan pelbagai cara lagi. Maka itu, tidaklah masa itu terluang dengan begitu sahaja. 3. Masa berjalan Dalam keadaan tertentu, kita terpaksa berjalan dalam jarak yang jauh kerana tempat yang ingin ditujui tidak membenarkan kita menggunakan kenderaan seperti di dalam bagunan sekolah, universiti ataupun hospital. Justeru, jangan kita biarkan masa melangkah kaki dengan begitu sahaja, sebaliknya kita gunakan masa tersebut untuk bertanya kepada diri kita tentang perkara yang baru dipelajari di dalam kelas. 4. Masa membantu keluarga Perbuatan suka menolong orang lain terutamanya ibu dan bapa kita merupakan perkara yang terpuji. Namun begitu, bagi orang yang tidak suka membuang masa dia akan menggunakan masa membantu keluarganya dengan berfikir atau belajar dengan cara membayangkan apa yang telah dipelajarinya. Sebagai contoh, dia membayangkan struktur binaan sesuatu komponan bagi subjek elektrik. 5. Masa berziarah Sememangnya kita semua dituntut untuk menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia. Salah satu cara untuk mengeratkan hubungan persaudaraan ini adalah menerusi berziarah. Namun begitu, Islam menyarankan agar kita menziarahi saudara kita tidak melebihi 3 hari kecuali ada perkara yang tidak dapat dielakkan.Kita juga dilarang untuk menggunakan platform ini untuk mengumpat atau bercakap tentang perkara yang sia-sia. Adalah lebih baik kita membawa bersama buku-buku atau nota apabila mengikuti keluarga untuk menziarahi sanak saudara. 6. Masa bercuti Setelah penat belajar, kita perlu merehatkan tubuh bandan dan minda kita agar lebih bertanaga untuk meneruskan pembelajaran. Buatlah aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti bersukan berekriasi dan seumpamanya. Namun begitu, janganlah terlalu ghairah bercuti sehingga melupakan nota-nota ringkas yang telah kita buat bersama semasa pergi bercuti. Jika ada masa terluang, bacalah nota-nota tersebut supaya kita tidak lupa terus dengan pelajaran. Oleh yang demikian, kita seharusnya tidak menyia-nyiakan masa yang ada pada diri kita.Gunakanlah masa tersebut dengan sebaiknya. Biarpun masa yang kita ada hanya lima minit kerana ianya terlalu berharga. Hidup, ya dengan seabrek warna-warninya kita harus pintar mencari celah dan peluang untuk bisa melaluinya dengan mulus. Bukan hanya dengan modal PD (esteem) saja , tapi modal keyakinan (trust) sangat membantu bagi lancarnya kehidupan ini. Motivasi berikut menunjukkan keagungan Kalamullah : A’uudzu billaahi minasy syaithoonirrojim, bismillaahirrahmaanirrahiim. …………….. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. QS. An Nisaa’ : 36 ………….. Allah menguatkan dengan bantuan-Nya siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati. QS. Ali ‘Imraan : 13 Katakanlah : “Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu dari Tuhanmu. Maka barangsiapa yang mendapat petunjuk maka sesungguhnya (Allah) memberi petunjuk untuk dirinya sendiri, dan barang siapa yang tersesat, maka sesungguhnya ia hanya menyesatkan dirinya sendiri, dan aku bukan penjaga atas dirimu. “Dan ikutilah (Al Qur’an) yang telah diwahyukan kepadamu dan bersabarlah kamu sehingga Allah memberi keputusan, dan Dia sebaik-baiknya pemberi keputusan. Q.S. Yunus : 108-109 ……………….. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui. QS. Al-Maa’idah : 54 Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan. QS. Al Israa’ : 70 Jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu.” QS. Al-Hadiid : 23 Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. QS. Al-Imran : 139 Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. QS. Al-Baqarah : 216 ……………………… Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah), (Al Hajj 34). (yaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menafkahkan sebagian dari apa yang telah Kami rezkikan kepada mereka. QS. Al Hajj : 35 …………….Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.” QS. Al Maa’idah : 6 Dan bersabarlah, karena sesungguhnya Allah tiada menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan. QS. Huud : 115 Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. QS. Alam Nasyrah : 6 Barangsiapa bertakwa kepada Allah, niscaya akan diberi jalan keluar dari setiap urusannya dan diberi pertolongan dari tempat yang tak terduga, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya akan di cukupi segala kebutuhannya. QS Ath-Thalaq : 2-3 Dan Kami turunkan dari Al-Qur an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Qur an itu hanyalah menambah kerugian bagi orang-orang yang zalim. QS. Al-Isra : 82 Allah memberikan hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa diberi hikmah, sungguh telah diberi kebajikan yang banyak. Dan tak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. QS. Al-Baqarah : 269 Dan sesungguhnya kepada Tuhan mu lah kesudahannya segala sesuatu. Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. QS. An Najm : 43 Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” QS. Al Qashash : 56 Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Karena itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal. QS. Ali ‘Imraan : 160 ………….. Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. QS. An Nisaa’ : 139 “Ini termasuk karunia Tuhanku, untuk mengujiku apakah aku mampu bersyukur atau malah kufur atas nikmat-Nya.” QS. An Naml : 40 “……….. Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepada-Nyalah aku kembali”. QS. Huud : 88 Wallahu a’lam bishshawwab. Wassalamualaikum wr wb

Rabu, 8 Mei 2013

KALIMAH ALLAH

Saya tidak kisah sangat jika UMNO bersetuju penggunaan kalimah ALLAH di kalangan non Muslim, kerana selama ini pun UMNO dituduh sebagai jahil, taughut dan kafir oleh PAS. Saya amat hairan juga, kenapa PAS tidak mengkafirkan PKR, sedangkan PKR juga tidak mendaulatkan Islam. Jangan hanya sepakatan, kita tidak berani menegur dan menyembunyikan kemungkaran yang dilakukan. Dek kerana PKR sama-sama menentang UMNO, maka PAS sanggup bekerjasama. Sedangkan perangai orang PKR sama seperti perangi UMNO. Maaf, saya tidak labelkan semua orang UMNO sebegitu. Begitu juga PAS. Melayu PKR adalah Melayu yang kecewa dengan UMNO, perangainya tetap sama. Bezanya, hari ini adalah, UMNO mula menyedari kesilapan mereka dan ingin kembali dan memperbaiki kesilapan masa lalu. Harap-harap begitulah. Sedangkan perangai lama UMNO dalam PKR tetap sama. PKR juga merebut projek, rasuah, kaki perempuan dan sebagainya. Jika tidak ada PAS yang mengawasi, sudah tentu perangai mereka akan menjadi lebih buruk lagi. Justeru, saya amat hairan, kenapa PAS sanggup bekerjasama PKR. DAP usahlah disebut, sebab dari mula hingga kini, terus menentang dan memusuhi Islam. Cuma PAS sahaja perasaan, dengan kerjasama ini, atas nama dakwah. Malangnya, setakat ini, ultra masih lagi tidak lembut-lembut terhadap Islam? Apakah kita masih mahu menggunakan alasan lapok, pakatan ini masih baru berbanding dengan pakatan dalam UMNO BN sejak merdeka? Dalam memperkatakan soal kelembutan terhadap, bukan isu baru atau lama. Persoalan yang perlu difikirkan adalah, mereka ini musuh Islam atau kawan Islam? Saya memuji sangka baik PAS dalam hal ini. Tetapi saya ingin lihat, berapa ramai orang DAP yang akan diIslamkan oleh PAS melalui kerjasama ini? Apakah PAS dapat melunak mereka yang anti Islam? Apakah PAS akan berjaya membenteras kemungkaran anjuran mereka? Kita tunggu dan lihat. Apapun, dalam isu kalimah Allah, saya sama sekali tidak dapat menerima. Pendirian PAS selama ini amat jelas. Pendapat ulamak mereka seperti Harun Din dan Harun Taib, amat tegas sekali. Harun Din pernah sebak menjelaskan isu ini. Begitulah sayangnya segelintir ulamak PAS terhadap ALLAH. Tetapi, bukan semua ulamak PAS bertindak sedemikian. Ada yang menjadi ularmak. Apa yang saya lihat, semakin lama PAS berkawan dengan DAP, semakin kuat mereka menentang Islam, sama ada kalangan generasi tua mahupun generasi muda. Kenapa? Jawapannya. generasi muda DAP hari ini ramai yang memeluk Kristian, dari memeluk Islam. Dakyah Kristian lebih kuat semenjak PAS bersama mereka daripada dakwah Islam yang berlaku. Justeru, PAS perlu kaji kenapa mereka gagal dalam misi dakwah ini. Bukannya mendabik dada mengatakan, semenjak berkawan dengan DAP, mereka sudah faham Islam. Jika sudah faham, kenapa mereka begitu kuat menentang Islam? Di mana silapnya? Apakah masih menyalahkan UMNO BN itu wajar? Saya masih teringat azam pemimpin PKR hari ini ketika masih berada dalam UMNO. Dia masuk UMNO kerana mahu mencuci najis yang berada dalam UMNO. Malangnya, setelah berada dalam UMNO, dia terus bergelumang dengan najis tersebut. Hari ini, dia cuba mencuci najis dalam PKR dan DAP, bukti menunjukkan adalah sama. Kenapa? Kerana mereka adalah orang yang sama, membawa perangai dan nafsu serakah yang sama. Saya amat harap UMNO tidak akan goyah dan tetap pendiriannya berhubung isu kalimah ALLAH. UMNO akan hancur jika melakukan sesuatu hanya untuk mendapat simpati politik, kuasa dan undi. Jangan biarkan kalimah keramat ini dinodai. Jika UMNO juga berlembut seperti mereka, maka jelaslah UMNO masih lagi tidak berubah. UMNO sama juga seperti mereka. Sejak dulu lagi saya konsisten, bahawa kalimah Allah adalah milik mutlak umat Islam, walaupun agama lain juga berhak ke atas penggunaanNya dari segi teologi. Saya bercakap dalam konteks Malaysia dan cara hidup Melayu, bukan negara lain. Pertama, agama Islam dilindungi oleh perlembagaan dan terletak di bawah kuasa raja-raja Melayu. Saya telah huraikan sebelum ini, tidak perlu diulang. Kedua, selama ini kalimah Allah tidak pernah digunakan secara meluas kecuali sedikit sangat di Sabah dan Sarawak. Di peringkat antarabangsa langsung tidak ada. Jika ada, sudah tentu dalam filem-filem barat atau bahan bacaan mereka, akan terselit kalimah ini. Kenapa kita tidak pernah jumpa? Kenapa hari ini ultra kiasu terlalu beriya-iya? Kajilah agenda tersirat dan tersurat. Agendanya tidak lain, mereka mahu jadikan rantau Melayu sebagai syurga Kristian, setelah mereka gagal di barat. Targetnya hari ini adalah orang Melayu dan bukan Melayu terutama orang Cina. Kerana mereka tahu, apabila kumpulan ini memeluk Kristian, mereka lebih Kristian dari Kristian. Lihatlah apa yang berlaku kepada Lina Joey atau Azlina Jailani. Orang Cina, usahlah dikira. Mereka akan menjadi lebih ekstrim apabila memeluk Kristian. Saya lontar idea ini kerana saya pernah menjadi Kristian suatu ketika dahulu. Ketiga, kalimah Allah dan orang Melayu Islam sudah sebati. Ibarat isi dengan kuku, sudah menjadi darah daging, walaupun Melayu itu jahil sekalipun. Sebab itu, cara kita menggunakan kalimah-kalimah ini berbeza dengan orang lain. Kita menghormati kalimah ini melalui urutan perkataan atau lenggok bahasa bersopan. Misalnya, kalimah ALLAH, kita tidak sebut perkataan. Perkataan menggantikan kalimah. Nabi dan Rasul, kita gunakan perkataan Baginda. Apabila Baginda wafat, kita tidak guna perkataan mati, meninggal, atau mangkat. Sehingga kematian Nabi/Rasul dibezakan dengan raja, semata-mata untuk menjaga kemuliaanNya. Keempat, setakat pergaulan saya, orang bukan Islam, jarang kita jumpa boleh menyebut kalimah Allah dengan betul. Bila menyebut ALLAH, mesti bunyinya menjadi allaa. Jika tidak percaya, suruhlah ultra kiasu menyebutnya, termasuk pemimpin-pemimpin Kristian yang begitu bersungguh-sungguh mahu menggunakanNya. Bukti menunjukkan bahawa lidah mereka tidak biasa dengan sebutan ALLAH. Sebutan ALLAH mereka akan menjadi pelat dan tidak tepat. Kelima, kalimah ALLAH bukan terjemahan kepada makna Tuhan. Tuhan digunakan untuk mengajar anak-anak mengenal ALLAH. Tetapi ALLAH adalah ALLAH. Terjemahan Tuhan atau God atau Lord tidak bukan merujuk kepada ALLAH. Tetapi oleh kerana kita jahil, maka terjemahan Tuhan digunakan. Apapun, Tuhan itu tidak sama dengan ALLAH. Sebab itu, apabila kita mengucapkan shahadah, “tiada tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH”. Bukannya, “tiada tuhan yang berhak disembah melainkan tuhan”. Keenam, kenapa bible dalam versi mandarin, tamil dan bahasa Inggeris langsung tidak tertera kalimah Allah? Kenapa ultra kiasu begitu bersungguh mahukan bible bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah? Cuba lihat bible dalam bahasa Inggeris, apa yang tertera adalah tiga nama tuhan yang digunakan iaitu god, yahweh dan Jehovah. Yang mana satu tuhan mereka? Di mana kalimah Allahnya? Saya berani menyatakan bahawa niat jahat mereka adalah untuk mengelirukan umat Islam supaya jarum mereka masuk. Banyak lagi yang ingin saya hujahkan. Kesimpulannya, setiap apa jua perkataan (kalimah) dalam Islam membawa makna yang amat signifikan. Ia perlu difahami dalam konteks perlembagaan dan cara hidup penduduk majoriti. Kita tidak boleh menyamakan lagu atau koir dengan selawat. Selawat tetap selawat walaupun apapun bunyi atau melodi lagu digunakan untuk menyampaikan selawat. Bayangkan selepas ini semua semua bukan Islam Islam boleh menggunakan perkataan 99 nama Allah, selawat ke atas Nabi Isa, iman, taqwa dan sebagainya, apakah orang Melayu yang tipis imannya tidak akan terpesong? Jika tidak tahu, lebih baik diam.

MAXPOWER REVOLUTION - ALAT PENJIMAT MINYAK

MaxPower Revolution (MP-R) Hanya dipasang pada Auto Soket atau soket pencucuh rokok Mudah!!!!….Anda boleh buat pemasangan sendiri Berkesan sebaik saya MaxPower Revolution dipasang pada kereta anda Antara faedah yang lain seperti:- Penjimatan Minyak dari 15% hingga 50% Melindungi sistem eletronik kereta Menstabilkan voltan Menerangkan lampu depan Menjelaskan sistem audio Menambah lebih pick-up dan kuasa pecutan Penghawa dingin mudah sejuk Penukaran gear semakin lembut Meningkatkan kuasa enjin Mudah untuk hidupkan enjin waktu pagi mengurangkan tekanan enjin (meningkatkan ketahanan mounting enjin) Pengeluaran yang lebih bersih Meningkatkan dayatahan Bateri, Plug & Altornator MaxPower Revolution direka untuk kendaraan 12V seperti Kereta, SUV, MPV, 4WD dan sebagainya, ia juga boleh digunapakai untuk kenderaan berat seperti lori, bas atau trak sebagai alat penambah kuasa. Bagaimana MP-R Berfungsi Kebanyakan masalah kereta yang timbul adalah berkaitan dengan bekalan kuasa voltan yang tidak stabil, sehingga hari ini perkara ini menjadi masalah yang serius terhadap pemilik kereta. Biasanya, pemilik kereta selalu meminta bantuan mekanik apabila mendapati kereta menghadapi masalah, tetapi tidak semua mekanik dapat menemui sebab utama dan jalan penyelesaian untuk menangani masalah ini. Menyedihkan lagi, pemilik kereta pula terpaksa bekerjasama bagi mengatasi masalah ini. Sebenarnya sistem litar elektrik dan penggunaan petrol sesebuah kereta saling berkait. Jika sistem litar elektrik itu usang, ia bukan saja semakin membuatkan penggunaan petrol kereta meningkat, penghidupan enjin rendah, malah penukaran gear kereta juga kasar dan tidak lancar. Kesemua masalah ini mungkin akan berlaku disebabkan satu kecacatan kecil yang timbul dalam sistem litar elektrik kereta. Jadi, untuk mencapai tahap penggunaan kuasa voltan kereta yang optimum, anda perlukan satu sistem litar elektrik yang sempurna dan stabil. Alat penstabil voltan biasa tidak bertindak terus sebagai agen penjimatan minyak tetapi dengan produk MaxPower Revolution (MP-R) kereta anda akan mendapat kesempurnaan dari segi penstabilan elektrik dan juga penjimatan bahan api yang terbaik berbanding alat lain yang terdapat di pasaran Negara Ini kerana MaxPower Revolution (MP-R) dicipta khusus untuk penjimatan bahan api yang paling maximum dan keberkesananya dijamin tanpa sebarang kesan sampingan dan teruji oleh badan diiktiraf seperti SIRIM. Produk ini juga direka untuk kesesuaian semua jenis kenderaan. MaxPower Revolution (MP-R) juga mampu memberi menjaga kebersihan plug dan sekaligus dapat memanjangkan jangka hayat Plug, altonator, dan bateri. Panduan Pengguna Perhatian Penting Kepada Pengguna MaxPower Revolution Jangan buka atau ubahsuai MP-R untuk mengelakkan sebarang kerosakan dan waranti terbatal. Jaminan produk selama 18bulan dengan penukaran 1-1 Produk ini hanya boleh digunapakai pada kenderaan yang berkuasa voltan 12V saja. Jangan mencabut MP-R atau mengalihkan produk daripada suis pencucuh semasa kenderaan dipandu. Semasa memandu pastikan lampu LED pada MP-R menyala dengan baik, Jika tidak periksa soket suis pencucuh samada ia terlonggar. Kesan penjimatan petrol adalah berbeza-beza mengikut cara memandu, iklim, keadaan jalan raya dan jenis kenderaan masing-masing. Fungsi dan Keberkesanan Menjimatkan petrol secara berkesan sehingga 50% Menstabilkan RPM ketahap optimum Meningkatkan tork enjin (engine torque) Meningkatkan kuasa enjin kenderaan Memberi dayatahan kepada wayar-wayar kenderaan Mengoptimumkan fungsi alat-alat kelengkapan elektronik dalam kenderaan Kelebihan-Kelebihan Produk Cara pemasangan sangat mudah dan selamat. Mengurangkan kadar kesilapan CPU kenderaan. Meningkatkan kecekapan peralatan elektronik kenderaan Melancarkan proses penukaran gear kenderaan. Membaiki system pembakaran minyak dalam omboh enjin melalui plug. Memaksimumkan kecekapan enjin supaya berjalan lebih lancar. Meningkatkan dayatahan sistem litar elektrik dan alat-alat elektronik kenderaan. Sesuai untuk semua jenis kenderaan, MPV, SUV, 4X4, yg menggunakan enjin petrol atau diesel. Mengurangkan gangguan bunyi dan gegaran enjin. Dilengkapi dengan 2 Pelindung Fius untuk perlindungan yang lebih baik dan selamat digunakan. Menstabilkan RPM walau dalam kerreta dipandu laju atau alat penghawa dingin kenderaan dipasang pada tahap maksimum. Membersihkan pengeluaran asap kenderaan. Meningkatkan dayatahan bateri,alternator dan plug.