Cari Blog Ini

Selasa, 31 Ogos 2010

KEMANA ARAHTUJU REMAJA ISLAM

Marilah sama-sama kita mempertingkatkan iman dan ketakwaan kita kepada allah s.w.t dengan melaksanakan seluruh tuntutan dan syariatnya dan meninggalkan segala larangan dan tegahannya.Sesungguhnya tiada yang lebih berharga dan dimuliakan oleh allah s.w.t terhadap hamba-hambanya melainkan mereka yang paling bertakwa dikalangan mereka.

Pelaksanaan program latihan khidmat negara yang sedang rancak berjalan pada hari ini telah berjaya menarik ramai para belia dan remaja untuk melaksanakan pelbagai program yang dirancangkan oleh pihak kerajaan.Pada tahun ini seramai 95 ribu orang remaja mulai menjalani latihan sebagai persiapan menjadi insan berwibawa,membina sahsiah diri,mengukuhkan semangat cintakan negara dan membentuk nilai-nilai murni dalam kehidupan.Syabas dan tahniah diucapkan kerana kesungguhan dan ketekunan mereka dalam melaksanakan seruan negara dan menghargai masa muda dengan program yang bermanfaat.Maka bersesuailah tajuk khutbah jumaat kita pada hari ini "remaja islam:kemana arah tuju mereka?".

Ramai daripada kita ,mengalami berbagai-bagai masalah anak,khususnya remaja dan zaman muda mereka.Remaja sekarang lebih suka mengadap television,komputer atau mendengar radio daripada bersemuka dengan ibu bapa dan adik beradik.Mereka tidak menyahut panggilan ibu bapa untuk makan bersama,solat bersama dan untuk beraktiviti bersama.Pergaulan dengan rakan sebaya, mengakibatkan mereka mempelajari tabiat negatif seperti menghisap rokok,berjudi,minum arak,berlumba haram dan sedikit demi sedikit mereka terdedah kepada aktiviti maksiat seperti disko,kelab malam dan ramai dikalangan mereka terperangkap dengan gejala penagihan dadah dan jenayah lain seperti mencuri,merompak,meragut dan lain-lain lagi.Terlalu banyak persoalan yang timbul dalam benak hati kita.Apa sudah jadi dengan para remaja kita?,gagalkah sistem pendidikan kita?.Mana perginya Tarbiah islam yang diajar disekolah-sekolah?, kemanakah arah tuju para remaja kita?.... begitulah serinu satu persoalan yang kita sendiri perlu menjawabnya.Sesungguhnya islam amat menghargai tenaga muda para remaja kita.

Firman allah s.w.t:

Bermaksud : "Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hadiah petunjuk".

(Al-Khafi:13)

Rasullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud ,

" Sesungguhny allah s.w.t sangat Taajjub kepada pemuda yang tidak menyeleweng.

(Riwahul Ahmad dan Abu Ya'la)

Sabdanya lagi:

Bermaksud:"Gunakanlah lima perkara sebelum datang lima perkara,hidup kamu sebelum mati,sihat kamu sebelum sakit,lapang kamu sebelum sibuk,muda kamu sebelum tua dan kaya kamu sebelum miskin".

(Riwahul Baihaqi dan Ibnu Abas)

Sidang jumaat yang dihormati,

Melihat para remaja islam kita hari ini ,amat menakutkan dan menyedihkan.Apakah generasi ini yang kita akan hidup dan membangunkan negara dimasa akan datang?. Apakah mereka ini layak menjadi pemimoin dimasa depan?.

Para remaja sekalian,

Sedarilah, kamu adalah pemimpin dimasa akan datang dan kamu adalah peneraju kepada kehebatan umat islam akan datang.Tinggalkanlah segala bentuk kefahaman dan perbuatan batil yang bertentangan dengan hukum allah s.w.t. Kita mahukan remaja yang berwawasan,beretika,berilmu dan berakhlak mulia,bukannya pemuda yang hanya tahu berpoya-poya mencari hiburan dan keseronokan serta pemuda dan pemudi yang masih mengekalkan sifat dan kelakuan umat jahiliah sepertimana sebelum kedatangan islam.

Apa yang islam dan umatnya kehendaki ialah remaja islan alaf baru mestilah memiliki ciri-ciri seumpama berikut :

1- Pegangan akidah sahih yang kukuh

2-Komitmen yang tinggi,patuh kepada segala perintah allah dan menjauhi larangannya.

3-Berakhlak terpuji dan menjauhi sifat keji.

4- berbudaya ilmu

5- berfikiran terbuka demi kebenaran

6- sedia dikritik dan ditegur

7- bersikap tegas dan berani

8-Tenang dalam menghadapi ketegangan hidup

9- Berdisplin dalam hidup

10- Menghargai masa

11- Kreatif dan inovatif

12- Menghormati golongan tua,ibu bapa dan guru.

Waktu muda datang hanya sekali dalam kehidupan seseorang.Oleh itu janganlah dipersia-siakan dengan aktiviti yang berlawanan dengan syariat islam,tanpa mengira apa jua bidang yang remaja islam kita ceburi,jagalah maruah anda sebagai seorang remaja dan pemuda islam yang berakhlak, pemuda pemudi yang menjaga akidah, syariat dan akhlak islam,pemuda pemudi yang taat kepada segala perintah allah dan rasul,pemuda pemudi yang bersedia menegakkan perkara maaruf,menentang segala kemungkaran dan kemaksiatan serta pemuda pemudi yang tidak takut dalam menuntut kebenaran dan pemuda yang bersedia dikritik demi pembangunan sahsiah diri.

Imam malik r.a pernah berkata:

"Tidak akan berjaya umat diakhir zaman ini melainkan dengan asas yang telah membawa kejayaan kepada umat yang terdahulu...."

jadilah pemuda seumpama rasullah s.a.w, abu bakar,umar,osman dan ali masih muda remaja ketika menerima islam,seumpama keberanian ibrahim a.s menghancurkan patung berhala sembahan masyarakatnya,seumpama kentalnya iman ismail a.s menyerahkan dirinya untuk disembelih oleh ibrahim a.s, seumpama kukuhnya iman yusuf a.s dalam menolak pelawaan untuk melakukan perlakuan sumbang,seumpama Usamah bin Zaid berumur 18 atau 20 tahun sebagai panglima perang tentera islam ke Rom dan seumpama abdullah bin umar menawarkan diri untuk berperang dengan musuh ialam ketika berumur 13 tahun.

Remaja islam harus ada cita-cita ,remaja tanpa cita-cita ibarat perjalanan tanpa noktah dan penghujung. Ibarat pelayaran yang tidak berlabuh.Cita-cita yang patut ada pada remaja ialah cita-cita yang membawa kepada yang makruf dan memberi manfaat.Contohnya menjadi saintis yang beriman,bercita-cita menjadi seniman islam yang sentiasa membangunkan seni berakhlak dan seni beretika selari dengan syarak.Bercita-cita bagi remaja islam bukanlah berangan-angan,cita-cita yang memberi makna adalah cita-cita yang mampu dicapai melalui usaha yang bersungguh-sungguh,sekiranya tidak ia hanya tinggal angan-angan , cita-cita harus ada perancangan:

1-1- Penguasaan ilmu yang dapat memantapkan akidah,kekuatan akhlak dan adab serta asas kekuatan dalaman diri.

2- Ilmu mesti diterjemahkan dengan amal,ilmu yang benar dan bermanfaat sekiranya diamalkan akan memberi kesan baik kepada diri dan masyarakat.

3- Harus ada kemampuan untuk mengurus ilmu dan amal, sewajarnya semakin tinggi ilmu yang dikuasai, semakin banyak faedah yang diterima untuk diri sendiri dan orang lain.

4- Ilmu dan amal mestilah makruf dan manafaat.Remaja harus mengukur antara baka,minat,kecenderungan dan potensi yang dimiliki dengan cita-cita masa hadapan,kerana ia adalah cara terbaik bagi mengisi dan mencapai cita-cita.

Dalam mencapai cita-cita sudah tentu ada cabaran dan ujian yang menunggu.Kekuatan dalaman menjadi prasyarat atau dalam mengajar cita-cita.Remaja harus yakin bahawa allah s.w.t memberikan setiap orang bakat dan kebolehan yang perlu digilap.Orang-orang bukan islam yang berjaya dalam pelbagai bidang mempunyai keyakinan yang tinggi,bahawa mereka adalah bangsa yang kuat dan berpengaruh.

Berusahalah bersungguh-sungguh agar akan lahirlah pemuda islam yang mempunyai daya pemikiran yang kreatif,berpandangan jauh,mempunyai ketegasan prinsip dan keilmuan yang mendalam berasaskan kepada penghayatan budaya ilmu,akan lahirnya pemuda islam yang mempunyai kecemerlangan akedemik disamping mampu mengimbangi kerja berpersatuan mematangkan fikiran dalam menangani masalah serta mengatur perancangan.Akan wujudnya pemuda islam yang mengamalkan budaya kerja yang berkualiti dan profesional,sejajar dengan konsep pengurusan secara islam dengan lebih banyak.

Seterusnya akan wujud pemuda yang jelas kepahamannya terhadap prinsip-prinsip asasi islam,mulia peribadinya,penghayatan yang mendalam terhadap ilmu-ilmu yang dipelajarinya dan pemuda yang sentiasa menyedari dirinya adalah hamba allah.Dibawah pengawasan allah pada setiap masa dan tempat dan berazam menjunjung perintah allah s.w.t disamping menjauhi segala larangannya.

Ya-allah, kurniakanlah kerahmatan dan keselamatan,penjagaan dan perlindungan ,kesuburan dan penghasilan,keatas negeri kami, negeri selangor darul ehsan.Jadikanlah rakyatnya berstu padu,berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia,lindungi kami daripada prsengketaan , perpecahan,fitnah memfitnah dan bencana alam. Semoga dengan demikian negeri selangor dan rakyatnya bertambah makmur dan berkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan