Cari Blog Ini

Ibadah

Amalan yang sangat besar pahalanya pada bulan puasa
Menurut Ali bin Abu Thalib RA, yang pernah bertanya pada Rasulullah saw tentang ibadah solat tarawih di bulan puasa, Allah menjanjikan..

Malam Yang :
1. Allah menghapuskan dosa Anda, seperti Anda baru lahir dari perut ibu.
2. Allah menghapuskan dosa Anda dan dosa kedua orang tua Anda, bila mereka mukmin.
3. Malaikat dari Arsy mohon kepada Allah agar diterima ibadah Anda, serta dihapuskan dosa-dosa anda yang telah lewat.
4. Diberikan pahala kepada Anda sebagaimana pahala orang-orang yang telah membaca Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Quran.
5. Diberikan pahala kepada Anda sebagaimana pahala orang yang menjalankan salat di Masjidil Haram Mekah, Masjid Nabawi Madinah, serta Masjidil Aqsa Jerussalem.

Bersahur

Daripada Anas, bahawasanya Nabi SAW, bersabda ia: “Makan sahur sekelian kamu, maka bahawasanya pada sahur itu ada berkat. (Hasan Sahih).

Hadis ini menekankan bahawa orang yang berpuasa itu hendaklah makan sahur. Ijma’ Ulamak mengatakan bahawa sahur itu sunat. Ertinya bersahur itu dapat menambah pahala apatah lagi nilai perbuatan sunat di bulan Ramadhan menyamai nilai satu fardhu dibulan yang lain. Sunat juga mentakhirkan sahur. Adapun berkat makan sahur itu pada zahirnya adalah bagi menguatkan kita ketika berpuasa, merajinkan dan memberi cergas akan badan. Hasilnya kita bertambah suka berpuasa kerana sahur meringankan beban puasa.

Berkat bersahur pada amalannya selain itu ialah memberikan kita peluang berjaga malam untuk berzikir, berdoa, bertaubat, bersolat serta membaca Al Quraan pada malam-malam di bulan Ramadhan. Bersahur itu juga membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi. Bersahur juga merupakan sunnah Rasulullah SAW. Ertinya apabila kita berbuat sesuatu mengikut sunnah Rasulullah SAW mak kita akan diberikan ganjaran pahala juga.

Allah SWT telah mensyariatkan sahur bagi orang Islam ketika hendak melakukan puasa pada hari esoknya bagi menggalakkan umat Islam bangun waktu dinihari. Bangun sahur bukan sekadar untuk makan tetapi juga untuk mengambil peluang melakukan zikrullah, membanyakkan tasbih, tahmid, solat tahjud, membanyakkan istighfar, bertaubat serta membaca Al Quraan. Kalau orang masa ini boleh bangun malam sewaktu ada siaran langsung pertandingan bola sepak piala dunia, mengapa tidak sepanjang Ramadhan ini kita ambil peluang ini untuk membanyakkan pahala. Umumnya ramai yang boleh bangun waktu malam untuk tujuan yang lain selain daripada beribadat kepada Allah SWT. Semoga umat ini dapat mengambil contoh dan tauladan dari Rasulullah SAW dan para sahabat baginda yang dapat memanfaatkan waktu mlam untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT. Jadilah umat Islam masa kini seperti yang digambarkan kepada umat Islam masa dahulu sebagai “Ruhban nu laili fursan nun nahar” (Ahli ibadat di waktu malam dan singa yang berani diwaktu siang).



Makan sahur itu dikira beribadat, juga zikrullah, tasbih, tahmid, tahajud serta membaca Al Quraan juga ibadat. Oleh itu bersahur itu memberi peluang umat Islam berlumba-lumba beribadat bagi mendapatkan Lailatul Qadar yang diyakini ada pada salah satu malam di bulan Ramadhan.

Kepada mereka yang belajar sama ada untuk mengambil peperiksaan atau apa-apa ujian, bangun bersahur memberi peluang untuk mendapatkan masa bagi melakukan ulangkaji. Apatah lagi belajar itu juga dikira ibadat apabila diniatkan sebagai ibadat. Belajar atau mencari ilmu itu adalah wajib atau fardhu kepada setiap orang Islam. Melakukan satu perkara fardhu di bulan Ramadhan akan diberikan ganjaran menyamai 70 kali ganda melakukan amalan fardhu di bulan yang lain. Oleh itu melakukan ulangkaji sepanjang Ramadhan dikira sebagai beribadat serta menambah berkat kepada usaha pencarian ilmu pengetahuan dan mendapat ganjaran pahala 70 kali ganda berbanding di bulan yang lain. Semoga sahur yang kita lakukan sepanjang Ramadhan tahun ini memberi kita berkat yang berlipat kali ganda.

Semoga kita sentiasa dipandu oleh Allah SWT dalam melalui latihan Ramadhan tahun ini. Sekian TK.


6. Diberikan pahala kepada Anda sebagaimana pahala mereka yang tawaf di Baitulmakmur. Serta seluruh batu dan batu pada bangunan itu memintakan atas dosa-dosa Anda.
7. Diberikan pahala kepada Anda seperti pahala orang yang ikut Nabi Musa AS melawan Fir’aun dan Haman.
8. Diberikan pahala kepada Anda seperti yang Allah berikan pahala kepada Nabi Ibrahim AS.
9. Akan diberikan pahala kepada Anda sesuai dengan ibadah seorang nabi.
10. Allah akan memberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

11. Akan dihapuskan dosa Anda bila Anda meninggal, seperti Anda baru keluar dari perut ibu.
12. Pada hari kiamat, Anda akan bangkit dengan muka cemerlang sperti bulan.
13. Pada hari kiamat, Anda akan bebas dari ketakutan yang membuat manusia sedih.
14. Para malaikat memberi kesaksian salat tarawih Anda, dan Allah tidak menghisab Anda lagi.
15. Anda akan menerima salawat dari parta malaikat, termasuk malaikat penjaga Arsy dan Kursi.
16. Anda akan mendapat tulisan “Selamat” dari Allah, Anda bebas masuk surga, dan lepas dari api neraka.
17. Allah akan memberi pahala kepada Anda sesuai pahala kepada nabi.
18. Malaikat akan memohon kepada Allah agar Anda and orangtua Anda selalu mendapat restu.
19. Allah akan mengangkat derajat Anda ke Firdaus (surga yang tinggi).
20. Diberikan pahala kepada Anda sesuai pahala para suhada dan salihin.

21. Allah akan membuatkan sebuah bangunan dari cahaya untuk Anda di surga.
22. Anda akan merasa aman dan bahagia pada hari kiamat, karena Anda terhindar dari rasa takut yang amat sangat.
23. Allah akan membuatkan sebuah kota untuk Anda di surga.
24. Allah akan mengabulkan 24 permohonan Anda selagi Anda masih hidup di dunia.
25. Anda akan bebas dari siksa kubur.
26. Allah akan mengangkat derajat amal kebaikan Anda sebagaimana derajat amal kebaikan Anda selama 40 tahun.
27. Anda akan secepat kilat bila melewati Siratalmustaqim nanti.
28. Akan dinaikan derajat Anda 1000 kali oleh Allah di dalam surga kelak.
29. Allah akan memberi pahala kepada Anda seperti Anda menjalani ibadah haji 1000 kali yang diterima Allah (haji mabrur).
30. Allah menyuruh Anda untuk memakan semua buah di surga, minum air kausar, mandi air salsabil (air surga). Karena Allah tuhan Anda, dan Anda hamba yang setia.

EMPAT TUNTUTAN SEMASA PUASA
Ogos 16, 2010

“Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa.” (Surah Al Baqarah: 183)

Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan.

Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu;

1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah;
2. Beristighfar;
3. Memohon memasuki jannah dan
4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam.

Rasulullah SAW telah menggesa para sahabat untuk menjadikan keempat-empat perkara ini sebagai suatu amalan. Abu Saeed Khudri r.a meriwayatkan bahawa:

“Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu kalimat khas yang mana Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat memohon sesuatu melaluinya. Lantas Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut. Nabi Musa AS berkata: “Wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hamba-Mu, aku mengkehendaki yang khusus.” Lalu Allah SWT menjawab, “Wahai Musa, jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung di dalamnya kecuali Aku diletakkan ke atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini lebih berat lagi daripada segala sesuatu.”

Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu “laa ilaha illallah” dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya. (oleh itu banyakkan tahlil)

Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan. Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti “astaghfirullah”. Tidak ada batasan dalam mengulang sebutan istighfar ini. Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala yang dikumpul.

Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita daripada ancaman api neraka. Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga ialah seperti berikut:

“Allahhumma as’alukal jannata wa a’uzubika minannar.” (atau doa yang dibaca oleh imam selepas selesai setiap empat rakkat solat tarawikh)

Dengan memperbanyakkan amalan di atas, maka akan bertambah banyaklah amal ibadah yang kita lakukan untuk memenuhi bulan Ramadhan ini. Ramadhanlah masa yang paling sesuai untuk memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya gangguan godaan daripada iblis dan syaitan.

Justeru, sebagai umat yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka layaklah kita sebagai hamba-Nya merebut peluang ini yang datang hanya sekali dalam setahun. Jika kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikan dan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara percuma. Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan. Masih enggankah lagi kita menerima tawaran ini? Fikirkan.

Mengurat Dan Bercinta Menurut Islam

Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.

Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.

Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.

Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.

Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.

Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.

Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.

Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.

Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)

Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.

Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.

Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.

Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.

Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

Tutup aurat bukan hanya bertudung

DIkirim oleh epondok di Mei 5, 2010

Oleh Fadly Samsudin

BERFESYEN kini dilihat satu kemestian. Ia begitu sinonim dengan golongan hawa. Memang menarik sekali apabila melihat seorang wanita tampil berjubah atau bertudung kepala dengan pelbagai rekaan menarik.
pix_middle

Namun, bertudung bukan sekadar berfesyen, tetapi niat si pemakai adalah menutup aurat.

Islam tidak menetapkan syarat khusus etika berpakaian asalkan bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.

Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: Siapakah yang mengharamkan (memakai) perhiasan dikeluarkanNya untuk hambaNya dan rezeki (makanan) yang baik-baik? Katakanlah: Semua itu untuk orang yang beriman ketika hidup di dunia dan khusus untuk mereka pada hari kiamat. Demikian Kami terangkan ayat itu untuk kaum yang mahu mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya yang diharamkan TuhanKu, hanya semua yang keji, baik zahir atau yang batin, maksiat dan melampaui batas tanpa kebenaran atau kamu sekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak diberi keterangan kepadanya dan kamu katakan terhadap Allah sesuatu yang tidak kamu ketahui”. (Surah al-A’raaf ayat 32 hingga 33).

Memakai perhiasan (pakaian yang baik dan bersih) sangat besar faedahnya untuk menjaga kesihatan manusia. Begitu juga menjaga kehormatan.

Memakai pakaian yang baik itu melahirkan nikmat Allah dan terima kasih kepada-Nya. Orang mukmin diberikan pahala menerusi niat atas pekerjaan baik itu.

Perhiasan menjadi tidak baik jika ia berlebih-lebihan, seolah-olah hidup hanya untuk tujuan berhias

Malah, tidak keterlaluan dikatakan melihatkan perkembangan fesyen semasa kini ia turut tempias kepada golongan lelaki yang semakin bijak bergaya.

Lelaki metroseksual. Itulah istilah yang digunakan bagi menggambarkan lelaki moden yang menjaga setiap inci penampilan mereka.

Namun, di sebalik perubahan yang dilihat menuju pemodenan adakah Islam melarang umatnya bergaya atau berfesyen?

Jika diteliti setiap orang pasti ingin tampil menarik apabila menghadiri majlis keraian seperti hariraya, perkahwinan, ke tempat kerja atau bersantai.

Islam memandang cara berpakaian mengikut gaya semasa diharuskan asalkan menutup aurat serta sopan, tidak terlalu ketat sehingga menampakkan susuk tubuh, bersederhana, dapat membezakan antara lelaki dan perempuan serta jangan nipis hingga menampakkan warna kulit atau bentuk badan.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman: Hendaklah mereka merendahkan pandangan dan menjaga kehormatannya, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali apa yang biasa nampak daripadanya, dan hendaklah mereka tutupkan tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau anak mereka atau anak suami mereka atau saudara mereka atau anak saudara lelaki mereka atau anak saudara perempuan mereka atau perempuan Muslimat atau hamba sahayanya atau pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (syahwat) kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti mengenai aurat perempuan. Janganlah kamu berjalan sambil menggoyangkan kaki supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (gelang kaki). Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan”. (Surah An-Nur ayat 31).

Nabi Muhammad ketika hayatnya suka pakaian berwarna putih terutama untuk solat Jumaat dan menghadiri majlis keramaian.

Ini kerana putih itu asal daripada segala warna lain selain dilihat suci dan bersih. Walaupun Nabi amat suka kepada pakaian berwarna putih, apabila hariraya Nabi memakai pakaian berwarna dan baru (bersih).

Dalam soal berpakaian Rasulullah sendiri bersifat terbuka dengan syarat ia tidak melanggar batas syariah.

Baginda memakai pakaian dari Yaman, Najran dan Mesir. Dalam hadis dari al-Mughirah bin Su’bah, beliau berkata, “Sesungguhnya Nabi Muhammad memakai jubah Rom- dalam sebahagian hadis disebut jubah Syamiah (negeri Syam)- yang sempit kedua-dua tangan bajunya.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai).

Angin peralihan daripada pakaian tradisi seperti baju Melayu bagi lelaki manakala wanita dengan baju kurung dan kebaya yang lebih moden menghakis ciri menutup aurat seperti digariskan dalam Islam.

Dari awal lagi, Islam tidak pernah melarang umatnya bergaya dan mengikuti aliran fesyen selagi ia bertepatan dengan hukum agama.

Yang penting, pastikan pakaian itu daripada jenis kain tebal, tidak nipis, jarang atau terlalu ketat. Jika bertudung, pastikan penampilan kemas.

Elakkan terlalu selekeh, comot atau memakai pakaian sehingga berbau dan mengganggu orang lain terutama ketika bersolat.

Kaum wanita boleh memakai seluar jeans yang dipadankan dengan kemeja atau blaus, tetapi perlu memenuhi syarat.

Bagi lelaki, walaupun aurat mereka dari pusat ke lutut, tidak bermakna mereka boleh berpakaian sesuka hati.

Amalan berseluar pendek atau memakai pakaian koyak tidak sesuai dan melanggar peraturan menutup aurat.

Malah, jika seseorang mahu dilihat seorang yang zuhud sehingga mengenakan pakaian yang buruk, koyak serta kelihatan selekeh, ia turut dilarang.

Dari sudut psikologi, banyak kes rogol berpunca daripada cara berpakaian wanita yang terlalu menghairahkan dan seksi.

Jika wanita menjaga aurat, ia membendung nafsu yang tidak terarah itu.
Menurut Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Salam Muhamad Shukri, berkata Islam tidak pernah menetapkan kod pakaian terhadap umatnya.

“Namun, wanita perlu memilih pakaian yang menutup aurat,” katanya.

Abdul Salam berkata, wanita boleh bergaya dan berhias dalam keadaan tertentu, tetapi hanya untuk suaminya.

“Secara fitrahnya, manusia sukakan sesuatu yang cantik dan indah, tetapi perlu disesuaikan dengan keadaan.

“Menjalani kehidupan sebagai orang Islam, kita sentiasa terikat dengan adab dan tingkah laku,” katanya.

Mengulas berkenaan fesyen dan gaya terkini terutama wanita yang bertudung tapi masih mendedahkan anggota tertentu seperti dada, beliau berkata ia tidak diiktiraf fesyen menutup aurat.

“Fesyen yang digayakan perlu mengikut tatacara dan adab yang menonjolkan wanita Muslimah iaitu menjaga auratnya.

“Seorang wanita itu tidak hanya menjaga maruah dirinya, malah ia membawa imej dan maruah wanita mukmin,” katanya.

Budi, pengorbanan ibu tidak terbalas

DIkirim oleh epondok di Mei 9, 2010

Oleh Mohd Fadly Samsudin

KEMBALIKAN semula ingatan kita pada zaman kanak-kanak dahulu. Masihkah kita ingat lagi ketika merajuk, ibu datang memujuk, apabila terjatuh ketika bermain ibu berkejar mendapatkan kita dan apabila menerima berita gembira ibu orang pertama kita beritahu.
KASIH IBU MEMBA KE SYURGA...jasa dan pengorbanan ibu amat besar dan tidak mungkin dapat di balas.
KASIH IBU MEMBA KE SYURGA…jasa dan pengorbanan ibu amat besar dan tidak mungkin dapat di balas.

DEMI ANAKKU...kasih sayang ibu kepada anaknya sememangnya tiada bandingan.
DEMI ANAKKU…kasih sayang ibu kepada anaknya sememangnya tiada bandingan.

Pendek kata, semua kemahuan kita ibu tidak pernah hampakan. Namun, hati mana tidak tersentuh apabila menyaksikan terdapat banyak kes penderhakaan terhadap ibu.

Ada sanggup melawan dan menengking ibu, lari dari rumah kerana bosan mendengar nasihat ibu, membiarkan ibu berseorangan, tidak bertanya khabar ibu di kampung malah ada sanggup memukul ibu hanya kerana perselisihan kecil.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan Kami wasiatkan kepada manusia, terhadap ibu bapanya. Ibunya mengandungkan dengan (menderita) kelemahan di atas kelemahan dan menceraikannya daripada susuan dalam dua tahun (iaitu): Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu. Kepada-Ku tempat kembali.” (Surah al-Lukman ayat 14). Hanya Allah mampu membalas bakti dan jasa ibu kepada anaknya. Ibu tidak pernah mengeluh atau kecewa apabila ditimpa kesusahan demi anak tersayang.

Justeru, kita dilarang menderhaka kepada ibu, mengecilkan hati, melawan atau mengherdik.

Menderhaka kepada ibu bapa adalah satu dosa besar dan anak tidak akan mencium bau syurga meskipun mereka melakukan amal ibadat lain.

Sejak dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dengan penuh sabar. Begitu juga selepas kita dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga dengan penuh kasih sayang. Ketika kita sakit atau demam, ibu baring di sebelah kita untuk memastikan kita selesa.

Bukan menidakkan peranan ayah, namun ibu adalah segala-galanya. Yang sedihnya, selepas dewasa dan berdikari, kita tergamak melukakan hati ibu.

Justeru, jika anda masih mempunyai ibu, gunakan kesempatan ini untuk membelai, menjaga dan menziarahi di kampung kerana ia adalah amalan mulia.

Sepatutnya, anak tiada alasan tidak menziarahi atau menghubungi ibu apatah lagi dengan kemodenan teknologi maklumat.

Terdapat kisah pada zaman nabi apabila ada seorang lelaki yang datang berjumpa dengan baginda kemudian menyampaikan hasratnya menyertai baginda berjihad.
Baginda menjawab bukan seperti, “Adakah kamu handal dalam menunggang kuda?”, “Adakah kamu bijak bermain pedang”, “Adakah kamu mempunyai tubuh badan yang kuat dan sihat?”

Tetapi baginda bertanya kepada lelaki berkenaan “Adakah kamu masih mempunyai ibu dan bapa?” Kemudian lelaki itu menjawab: “Saya sudah tiada bapa, tetapi masih mempunyai seorang ibu di rumah”

Baginda berkata “Adakah ibumu tidak memerlukanmu untuk menjaganya? Lelaki berkenaan menjawab: “Semestinya dia memerlukan saya”.

Baginda menasihatinya: “Pulanglah kamu ke pangkuan ibu kamu kerana sekiranya kamu berbakti kepadanya, sesungguhnya pahala yang kamu akan terima adalah sama seperti pahala jihad fisabilillah”.

Jangan pula apabila sudah berkeluarga atau tiada dalam tanggungan keluarga kita semakin menyisihkan ibu.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Badli Shah Alauddin, berkata martabat ibu kedua tertinggi selepas mentaati Allah.

Perkara ini berdasarkan ‘tartibul kalimat’ iaitu susunan keutamaan seperti ditegaskan Allah menerusi beberapa firman-Nya sebagai contoh dalam Surah al-Israa’ ayat 23 yang bermaksud: “Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

Antara ibu dan bapa pastilah ibu memiliki martabat tertinggi jika merujuk kepada Sahih Muslim, Abu Hurairah meriwayatkan pernah Muawiyah bin Haidah al-Qusairi bertanya kepada Rasulullah siapakah yang wajib ditaati? Jawab Rasulullah: “Ibumu.” Tiga kali Nabi ditanya dan itulah juga jawapan yang sama diberikan. Yang terakhir barulah baginda menyatakan: “Ayahmu, kemudian yang terdekat dan yang dari kerabat.”

“Bahkan ulama menyatakan, ada tiga jenis perintah Allah yang berangkai dan tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain iaitu yang pertamanya mendirikan solat dan mengeluarkan zakat; kedua, taat kepada Allah dan taat kepada Rasulullah dan ketiganya bersyukur kepada Allah serta berterima kasih kepada ibu bapa.

“Ketiga-tiga perintah ini mesti serangkai dan Allah tidak akan menerima yang satu tanpa gandingannya,” katanya.

Beliau berkata ibu mendapat martabat yang tinggi adalah kerana peranan terbesar mereka mengandungkan kita dan ia tidak mampu dipikul mana-mana lelaki.
Sambutan Hari Ibu belum cukup untuk membalas jasa ibu selama ini.

Imam Bukhari meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah berkenaan seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat.

Sesudah selesai tawaf, beliau bertanya Ibnu Umar: Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini dapat membalas jasa bakti ibuku? Jawab Ibnu Umar: Tidak, apa yang kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.

“Namun, usaha adik-beradik untuk sama-sama meluangkan masa balik kampung dan berkumpul kemudian mengadakan majlis makan bersama meraikan ibu tercinta boleh menjadi permulaan kepada satu usaha yang baik.

“Kegembiraan ibu melihat anak pulang berkumpul itu saja sudah menjadi satu ibadah,” katanya.

Badli Shah berkata menjadi dosa besar kepada anak yang menderhaka terhadap ibu bapa.

“Dalam al-Adab al-Mufrad ada mencatatkan sembilan jenis dosa besar yang dimurkai Allah dan antaranya menghina ibu bapa dan (menyebabkan) ibu bapa menangis disebabkan kederhakaan (anak kepada mereka berdua).

“Allah mewajibkan anak memuliakan serta menghormati ibu sekalipun berlainan pegangan agama. Allah juga secara tegas mengharamkan segala bentuk penderhakaan kepada ibu bapa,” katanya.

Selain itu, beliau berkata dalam sebuah lagi hadis yang diriwayatkan Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau seorang daripada mereka sudah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).”

“Justeru, berbaktilah kepada mereka sementara mereka masih hidup. Jangan apabila mereka sudah meninggal dunia, barulah kita mahu membina batu nisan terbaik atau mencetak surah Yasin khas untuk tahlil ke atas mereka,” katanya.

Doakan guru tanda kasih sayang

DIkirim oleh epondok di Mei 16, 2010

Oleh Amran Zakaria

Jasa pendidik curah ilmu tidak mungkin terbalas dengan segunung harta

TARIKH 16 Mei tiap tahun penting dan cukup bermakna kepada negara. Hari yang diraikan khusus untuk mengingati segala budi dan jasa guru dalam menggerakkan masyarakat ke arah pembinaan bangsa dan negara. Merujuk istilah Arab, seorang guru itu hasil daripada gabungan lima eleman penting membabitkan muallim, murabbi, mursyid, muaddib dan mudarris. Muallim bermaksud orang yang menjayakan proses menyampaikan ilmu, murabbi pula orang yang menjayakan tarbiyah, mursyid orang yang membimbing, menentukan kehidupan dan nilai yang betul, muaddib orang yang menjayakan adab manakala mudarris orang yang mengajar mata pelajaran.

Pemimpin negara hari ini sememangnya pernah menjadi murid yang menerima tunjuk ajar serta didikan seorang guru. Begitu juga dengan agamawan, ahli korporat, golongan profesional dan pelbagai peringkat masyarakat pernah menerima khidmat sekumpulan guru yang dipertanggungjawabkan menyampaikan ilmu.

Ilmu yang diterima itu berperanan meneropong kehidupan masa depan mereka. Rasulullah bersabda maksudnya: “Kelebihan orang yang berilmu berbanding `abid samalah seperti kelebihan bulan purnama berbanding segala bintang.” (Riwayat Abu Daud dan At -Tirmizi).

Sepatutnya, sebagai warga yang rasional dan waras, kita sentiasa dalam apa jua keadaan perlu mengenang kembali erti pengorbanan guru yang pernah mendidik dan membantu membina sahsiah. Mereka yang mengajar sehingga kita berupaya membaca dan menulis serta kelangsungan membuka minda, membajai daya dan menyusur keupayaan akal kita.

Akhirnya menyemarakkan evolusi mental yang berterusan sehingga kita menjadi insan yang berguna pada hari ini. Oleh itu tarikh keramat ini tidak wajar dilupakan sesiapa sama ada seorang pemimpin yang berkuasa atau pun hanya seorang rakyat jelata.

Allah berfirman maksudnya: “Allah akan meninggikan (darjat) orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berilmu pengetahuan di antara kamu dengan beberapa darjat. Dan (ingatlah) Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Majadalah: 1)
Guru sebenarnya melaksanakan tanggungjawab amat besar dalam menyampaikan risalah ilmu kepada manusia keseluruhan. Peranan mereka mengeluarkan masyarakat yang rendah minda dan pengetahuan kepada masyarakat yang berilmu, kreatif dan berinovasi sewajar dihormati serta mendapat penghargaan tinggi dari negara.

Sebagai murid yang menerima banyak ilmu yang diajar guru, kita seharusnya merendahkan diri sebagai tanda menghormati kewibawaan dan keilmuan yang mereka miliki. Segala pangkat dan kedudukan kita hendaklah dibatasi adat dan nilai yang dituntut agama.

Saidina Ali Abi Talib pernah berkata: “Siapa mengajar aku satu huruf jadilah aku hamba kepadanya.”

Betapa Saidina Ali seorang yang terkenal dengan alim dan berilmu itu memberi penghormatan dan menganggap orang yang hanya mengajar satu huruf adalah guru dan baginda rela menjadi hamba untuk berkhidmat kepada guru itu. Sewajarnya kita yang memang cetek dan serba kekurangan dalam bidang ilmu pengetahuan serta banyak menerima pengajaran akan lebih memberi sanjungan, penghargaan dan kemuliaan setinggi-tingginya terhadap mereka yang banyak berjasa itu
Imam Ahmad ibn Hambal pernah berkata kepada Khalaf al-Ahmar: “Aku tidak akan duduk kecuali di sampingmu. Beginilah kita disuruh supaya merendahkan diri kepada guru kita.”

Rasulullah bersabda bermaksud: “Pelajarilah ilmu pengetahuan dan pelajari juga dengan ilmu tersebut ketenangan jiwa dan kerendahan diri. Rendahkanlah diri kamu kepada orang yang mengajar kamu.” (Riwayat Abu Hurairah)
Guru adalah sebagai model terhadap orang di bawah pimpinan. Setiap sifat, gerak-geri, tingkah laku, tutur kata, tata cara hidup selalunya menjadi ikutan oleh pelajar dan masyarakat sekeliling. Justeru, guru mesti berwibawa dan dapat memberi contoh yang baik dalam semua hal.

Guru membina sahsiah dan membentuk nilai manusia melalui penjanaan modal insan. Oleh itu, kita sendiri tidak mungkin dapat membalas sepenuhnya jasa guru kita. Jasa guru akan terus bersambung selagi ada generasi yang ingin menerima ilmu. Sumbangan mereka tidak pernah putus. Sekali dia menjadi guru, selamanya dia akan dipanggil guru. Jika dulu dia adalah guru kita, mungkin sekarang dia adalah guru kepada keturunan kita. Tidak ada satu anugerah walau sebesar manapun dapat membalas jasa guru, hatta dibayar dengan segunung harta mahupun sejumlah wang ringgit membalas setiap ilmu yang diterima.

Seiring kemajuan dan pembangunan zaman, derap langkah guru mengembangkan amanah negara dalam mempertahankan nilai budaya menjadi tugas yang semakin utama serta amat mencabar. Tugas ini bukan mudah untuk disempurnakan melainkan dilakukan dengan cekal dan sabar terutama dalam melayani kerenah murid yang mempamerkan pelbagai watak yang amat berbeza dari semasa ke semasa.

Dari generasi ke generasi selepas merdeka, didapati berlaku kesinambungan tugas dan tanggungjawab yang dipikul generasi guru tanpa bantahan dan kerenah yang boleh menghalang matlamat pendidikan. Ertinya mereka melakukan tugas dengan penuh amanah dan integriti.

Kita mesti mengingatkan diri supaya menghargai jasa dan pengorbanan mereka. Jangan sekali-kali akibat kemewahan pembangunan negara yang dikecapi ini, kita dengan mudah memadamkan jasa guru kepada kedudukan kita kini.

Jangan sesekali kita lupa bahawa guru yang meletakkan asas pendidikan yang ulung di negara ini sehingga warganya mampu menggerakkan landasan pembangunan negara kini. Namun tanpa kita sedari, sebahagian daripada mereka telah meninggalkan kita. Meninggalkan jasa dan nama yang sukar dipadamkan.

Doa sememangnya cara terbaik menyatakan penghargaan atas usaha guru yang telah meninggalkan kita. Sesungguhnya jasa mereka mengajar kita tidak mungkin terdaya kita balas biar sekeras mana sekali pun kita berusaha.

Selain menghormati dan menunaikan hak mereka, hanya doa yang dapat kita panjatkan ke hadrat Allah sebagai tanda kita mengasihi mereka dan mengharapkan keredaan Allah ke atas diri mereka.

Dengan berdoa juga, kita akan dapat menunaikan tanggungjawab kita sebagai murid iaitu memastikan kehidupan guru kita penuh dengan keberkatan dan keselamatan. Bahkan dengan doa inilah kita akan dapat mewujudkan hubungan kasih sayang yang erat dengan guru kita itu selama ini yang kita masih dapat mengesannya atau yang pergi meninggalkan kita.

Kerajaan tidak patut sokong ‘pembekal kematian’

DIkirim oleh epondok di Mei 28, 2010

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berpendapat kerajaan tidak sepatutnya menyokong ‘pembekal kematian’ berhubung penangguhan mengharamkan pek kecil rokok.

Sehubungan itu, CAP sangat terkejut dan kesal dengan pengumuman bahawa kerajaan akan menangguhkan pengharaman pek kecil rokok itu.

Presidennya, SM Mohamed Idris (gambar) berkata, melalui laporan media Edge Financial Daily hari ini, kabinet telah memutuskan untuk menangguhkan pengharaman tersebut sementara tidak ada tarikh baru diberikan.

Keputusan bagi mengharamkan pek 14 batang rokok itu diambil sebagai salah satu langkah untuk menurunkan kadar bilangan perokok terutama dalam kalangan remaja.

Katanya, kadar epidemik merokok di Malaysia tidak patut dipandang ringan kerana lebih daripada 50 lelaki lelaki dewasa di Malaysia adalah perokok sementara kira-kira 50 kanak-kanak negara ini di bawah umur 18 tahun mula merokok setiap hari.

Sementara itu, ujarnya terdapat kira-kira 10,000 penduduk Malaysia meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit-penyakit yang dikaitkan dengan merokok, menjadikannya salah satu pembunuh utama di negara ini.

“Kami memandang berat perkara ini kerana selepas 10 tahun kerajaan menjalankan kempen anti-merokok, hanya terdapat penurunan sebanyak 2 peratus dalam jumlah perokok.

“Kami menganggap kerajaan bersikap serius apabila Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tahun lalu bahawa tidak ada lagi kelewatan dalam pengharaman terbabit dan pada Jun 2010, selepas tertangguh selama lima tahun, pek 14 batang rokok itu akan disingkirkan dari pasaran,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, nampaknya rakyatlah yang tersingkir, keuntungan yang diraih oleh segelintir pihak lebih penting daripada kesihatan penduduk amnya.

Menurutnya, Seksyen 16(1) Peraturan Kawalan Produk Tembakau 2000 jelas menyebut: “Pengeluar perlu membungkus rokok dalam bungkusan yang mengandungi tidak kurang daripada 20 batang rokok”.

“Kini kerajaan melanggar peraturannya sendiri. Kerajaan tidak sepatutnya menyokong ‘pembekal kematian’. Pengharaman itu perlu dilaksanakan sebagaimana yang dijanjikan,” ujarnya

Hubungan seksual hambar antara punca keretakan rumah tangga

DIkirim oleh epondok di Jun 1, 2010
Oleh Tuan Musa Awang



Pasangan suami isteri patut rujuk al-Quran, hadis perbaiki hubungan kelamin

DUA tiga kali saya berfikir untuk menulis isu ini kerana ia sensitif bagi sesetengah orang. Namun, saya percaya semua boleh bersetuju bahawa hubungan intim suami isteri adalah perkara penting dalam hubungan suami isteri.

Antara punca besar keretakan rumah tangga ialah hubungan seksual yang hambar. Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2004, menunjukkan faktor utama perceraian mendapat peratusan tertinggi ialah tiada persefahaman, curang dan enggan dimadukan (12 peratus).

Faktor lain kerana tidak bertanggungjawab (11.5 peratus), campur tangan mentua atau ipar duai (8.8 peratus), disebabkan ketagihan dadah atau alkohol (7.1 peratus), masalah kewangan (1.6 peratus), terbabit jenayah, judi dan masalah kesihatan (1.1 peratus), didera (0.5 peratus) dan selebihnya faktor lain.

Menurut statistik perceraian dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), punca krisis rumah tangga kerana tidak serasi, kecurangan, poligami, campur tangan keluarga, masalah kesihatan pasangan termasuk kesuburan dan suami isteri bermain kayu tiga.

Hubungan hambar disebabkan kurang keinginan seks sama ada daripada pihak suami atau isteri, isteri berasa bosan kerana suami cepat klimaks setiap kali bersama, ketiadaan zuriat, suami mati pucuk, isteri tidak pernah atau jarang mencapai orgasm, juga menjadi masalah besar dalam rumah tangga.

Ia menjadi punca berlaku perbalahan kerana ada pihak yang memendam perasaan dan sakit hati akibat perkara yang dianggap kecil oleh sebelah pihak lagi. Lebih parah apabila pasangan terjerumus dalam fenomena mempunyai kekasih gelap.

Kajian dibuat syarikat farmaseutikal Pfizer melalui The Asia Pacific Sexual Health and Overall Wellness atau APSHOW pada 2008, menunjukkan 57 peratus lelaki dan 64 peratus wanita tidak berasa puas dengan kehidupan seksual mereka.

Kajian dilakukan di 13 negara dari kawasan Asia Pasifik, termasuk Malaysia dengan taburan responden sebanyak 328 lelaki dan 250 wanita. Di negara ini, kajian mendapati 73 peratus wanita Malaysia tidak puas dalam hubungan seks mereka, 62 peratus lelaki turut dikatakan tidak puas.

Pakar seksologi Pusat Kesihatan Seksual Australia, Dr Rosie King berkata, peratusan itu menunjukkan kadar yang tinggi berbanding purata peratus keseluruhan tahap kepuasan seks diperoleh di Asia Pasifik.

Katanya, fenomena itu berlaku berikutan kebanyakan lelaki dan wanita di Malaysia lebih mengutamakan kerjaya dan kehidupan keluarga.

Laporan pada tahun sama memetik Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu, Muhammad Ramli Nuh, berkata bau badan, adegan seks dan baju tidur membosankan dikenal pasti sebagai punca kenaikan kadar perceraian di negeri itu.

Kerajaan Negeri Terengganu terpaksa merangka satu cara inovasi untuk memperbaiki hubungan kelamin antara suami isteri khususnya di kalangan mereka yang baru berkahwin, termasuk menjemput syarikat kosmetik memperkenalkan bau-bauan eksotik yang mampu menimbulkan rasa ghairah, mencadangkan suami isteri lebih kerap mandi bersama sebagai salah satu jalan untuk mengukuhkan jalinan mesra.

Dalam Islam isu seks bukan sesuatu yang memalukan untuk diketengahkan. Hubungan seks suami isteri yang halal adalah suatu ibadah dalam rumah tangga seorang muslim. Hari ini, kita tidak didedahkan dengan hadis hubungan seks suami isteri yang lengkap.

Sebaliknya, lebih banyak merujuk kepada pakar perubatan atau kaunselor seolah-olah Islam bukan tempat rujukan yang tepat. Walhal, ada banyak nasihat dalam hadis Nabi SAW yang menekankan kepentingan pasangan suami isteri menjaga pengurusan hubungan seks mereka.

Melayani hubungan seks seorang suami adalah bukti ketaatan isteri. Firman Allah yang bermaksud: “Isteri-isteri kamu adalah sawah ladang kamu, maka datangilah sawah ladangmu itu dengan cara yang kamu sukai.” (Surah al-Baqarah, ayat 223)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bagi kamu melakukan jima’ (hubungan seks) dengan isterimu adalah satu pahala. Lalu sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah seseorang di antara kita menyalurkan syahwatnya akan mendapat pahala? Jawab Baginda: Bagaimana pendapatmu jika dia menyalurkan syahwatnya itu pada yang haram, apakah ia berdosa? Begitulah jika ia meletakkannya pada yang halal, maka ia mendapat pahala.” (Hadis riwayat Muslim)

Diriwayatkan pada suatu malam, Khalifah Umar Al Khattab meronda kota Madinah dan Umar mendengar keluhan dan rintihan seorang wanita: “Malam ini begitu panjang dan tepi langit begitu hitam. Sudah lama aku tiada kawan untuk bersenda gurau. Demi Allah! Jika tidak kerana takut kepada Allah SWT, tentu kaki tempat tidur ini sudah bergoyang. Tetapi, Tuhanku! Rasa malu cukup menahan diriku. Namun, suamiku sungguh lebih mengutamakan mengenderai untanya.”

Selepas disiasat, rupa-rupanya suami wanita ini selalu berjihad fisabilillah. Lantas Saidina Umar menetapkan waktu tugas bagi tenteranya untuk berada di medan tempur hanya selama enam bulan saja.

Kisah itu memperlihatkan keperluan hubungan seks bukan saja keinginan kaum lelaki, tetapi juga keinginan semula jadi wanita.

Rasulullah SAW berpesan kepada kaum lelaki yang bermaksud: “Jika seseorang di antara kamu melakukan hubungan seks dengan isterinya hendaklah bersungguh-sungguh. Bila ia sedang menyelesaikan keperluannya itu padahal isterinya belum sampai kepada klimaksnya, maka janganlah ia tergesa-gesa (untuk mengakhirinya) sebelum keperluan isterinya diselesaikan pula.”

Cara Mudah Untuk Tewaskan Zionis Yahudi Israel

DIkirim oleh epondok di Jun 3, 2010

Oleh: rozmal

“Rasulullah saw telah memberikan kepada kita satu formula yang amat mudah untuk menewaskan rejim pengganas zionis israel. Formulanya ialah ZERO W1H1N. Iaitu jangan ada sifat wahan dalam diri kita.

Sikap yang perlu ada dalam diri kita untuk menewaskan zionis israel ialah : Cintakan Akhirat dan Rindukan Kematian.

Sabda Rasulullah s.a.w. “ Pada satu ketika akan tiba satu masa di mana seluruh umat hampir mengelilingi kamu seperti mereka mengelilingi hidangan makanan.” Seorang sahabat bertanya. “Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit hingga boleh diperlakukan sebegitu rupa?”

Baginda menjawab, “Tidak, bahkan bilangan kamu pada hari itu ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di lautan. Pada saat itu Allah akan mencabut perasaan gerun dari hati-hati musuh kamu dan tersemat di dalam hati-hati kamu penyakit ‘wahan’.” Lalu sahabat bertanya lagi, “Apakah yang dimaksudkan dengan ‘wahan’ itu ya Rasulullah?”

Baginda menjawab, “Wahan ialah sikap cintakan dunia dan takutkan mati.” (Riwayat Abu Dawud dan Ahmad dari Thawban).

Ciuman Perokok Boleh Bunuh Kanak kanak

DIkirim oleh epondok di Jun 3, 2010

“MELBOURNE, 2 Jun (Bernama) — Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak. Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children’s Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria yang berbahaya pada kerongkong mereka.

”Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium,” katanya seperti yang dipetik oleh Australian Associated Press.

Seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia, kata laporan itu.

“Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah,” kata Prof Booy.